Thursday, January 12, 2012

gua marah

Rageeee



Semalam Rabu. Hari ni Khamis. Aku dah terlepas raburabak. Oh man! Ni semua kerja punya pasal. Komitmen aku dah teralih serta merta kearah kerja. Masa nak bermain pun singkat. Kerja dari pukul 8.30 sampai 5.30. Pung pang pung pang dalam dekat-dekat pukul 6 jugak la aku balik. Sampai rumah dah dalam 6 setengah. Lepak-lepak kejap dah maghrib. Malam-malam tido awal. Sebelum pukul 12 dah lentok. Ni baru kerja kat hq. Kalau outstation kat Gebeng lagi haru. Kerja sepatutnya 5 hari seminggu, tapi arahan macam suruh kerja 7 hari seminggu. Pandai-pandai la cuti.

Ini la jadi kalau management campur dengan birokrasi yang sangat, amat, terlalu, terlampau, ekstrem, super, bukan alang kepalang bangang. Aku dibawah, dihantar kesana sini lebih teruk daripada anjing kena sepak. At least anjing kalau kena sepak, boleh dia kokak je betis tu. Tapi ni dah macam lembu kena cucuk hidung. Kalau bersuara, bantah arahan, kena sound. Kalau tak boleh ikut arahan, berhenti kerja je la. Macam hantu mulut.

Aku tak tido pun dia kata aku tido. Sengal punya makhluk. Dia siap pesan kat orang lain suruh sampaikan amaran dia kat aku. Nak cakap depan-depan tak berani. Tau takut ngan aku. Kalau aku tido sekalipun, suka hati aku la. Waktu lunch kot. Nak rehat jap pun tak boleh ke? Takut sangat apa orang lain kata. Macam lalang je. Kiri kanan kena tiup. Patut la orang lain tak berapa nak senang dengan dia.

Macam-macam hal jadi minggu ni. Semuanya menda kecik nak diperbesarkan. Memang la bos. Bos tak bos. Sape buat taik ngan aku, aku biar je la. Aku kan melayu. Melayu kan memang dah diturunkan setiap generasi sikap laissez-faire. Terbukti dalam buku Dilema Melayu tulisan Tun M. Buku tu memang eye-opener la. Sangat detail tentang kemunduran dan sebab terbelakangnya melayu. Insyaallah aku akan tulis pasal buku tu. Haha. Pasal kerja, persetankan dulu, arah la pape yang rasa patut. Aku ikut je. Tapi kalau weekend ni suruh aku kerja jugak, memang aku bakar pejabat ni!





3 comments:

Anonymous said...

ko nk keje ke xnk? kalau xnak, ramai lg nak keje.

ae said...

sabar tau

naqib faiz said...

anon: aku nak keje. tapi kalau ko kat tempat aku pun, ko tak tahan. tak yah nak gebang la ko boleh sabar. komen pun guna anonymous. puii