Sunday, January 8, 2012

life cycle


Sambil gua duk baring gua pikir apa nak buat untuk esok. Gua pikir. Pikir dan pikir. Gua terlelap. Laptop terpasang lagi citer The Proposal. Esoknya gua bangun, dah pagi. Bancuh kopi, bakar roti, rebus telur. Lepak kat meja kopi, kaki silang panggung sambil baca surat khabar. Nikmati udara pagi. Seronok.

Sesudah baca paper, gua on pc, check email, layan 9gag, blogserius, blog khalis, beautifulnara, blackmikimiki, update facebook, twitter. Tagged gua tak main sebab gua tak miang. Tepat pukul 11 gua stop luncur alam maya. Gua bosan.

Gua sauk selipar Clarks hadiah awek gua, gua tak pakai fipper dan adik beradik nya sebab kaki gua lembut sangat. Lembut-lembut fipper pon kaki gua rasa keras lagi. Tak selesa. Sebab tu kalau gua menapak kat muka orang lain, diorang tak sakit. Gua jalan-jalan keliling rumah, tengok cacat cela, apa yang cela, gua betulkan, apa yang dah elok, lantak la.

Sedar-sedar dah tengah hari. Panas. Tak boleh kena panas sangat. Cair nanti. Gua masuk dalam, bukak buletin 1.30. Sambung terus ngan Melodi. Takde input langsung. Bagi gua, tu rancangan sampah. Sibuk nak bukak kain orang lain. Kang dah carik, nampak betis gebu takpe lagi. Kalau sampai nampak itu ini. Haru.

Lunch lepas solat. Makan ringan-ringan je. Jaga body. Paling berat pun makan nasi. Nasi impit. Petang gua penuh dengan aktiviti. Gua dah tekad taknak jadi macam dulu lagi. Berat naik berganda, lemak penuh berjela. Sekarang ni hidup gua hidup sihat. Gua taknak pisang berbuah dua kali. Rugi.

Malam lepas dinner terus masuk bilik. Gua baring atas katil tilam Vono. Sambil gua duk baring gua pikir apa nak buat untuk esok. Gua pikir. Pikir dan pikir. Gua terlelap.



*****


Fantasi hidup lepas bersara nanti. Haha.

Ni gua qada 2,3,4 hari tak update blog. Takde modal. Si Nikna beria sangat suruh update. Gua update dah ni sambil jaga dokumen sulit, sebijik macam jaga exam. Bosan. Gua ngantuk, memerlukan peraduan yang efektif.



current desktop wallpaper


8 comments:

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

ae said...
This comment has been removed by the author.
ae said...

miang! awek mana bg Clarks?

d9saphire@blogspot.com said...

peerh.. ade org puji blog tu lawa... terbatuk-uhuk uhuk aku dengar,, ngee

Muhammad Zulkarnain said...

bobe gp gak naqib

naqib faiz said...

emmet: tq!
ae: lisa sughihani
nina: biasa la tuh.. hahaha
yo: ikut aku la.. blog aku.. hahahaha

mykhalis said...

perli aku ke apa layan tagged untuk orang miang?hahaha..

naqib faiz said...

hahaha.. sori bro khalis.. trase ke? hahahaa