Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

 tersentuh...



Assalamualaikum…hai kawan-kawanku semua …!! =)


Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini adalah sebuah kisah dimana tindakan yang kita anggap “kecil” tetapi sebenarnya amat bermakna untuk seseorang….


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”


“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”


“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”


Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”


Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”


“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.


“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”


“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.


“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.


“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

InsyaALLAH…

Semoga kita semua memperoleh zuriat-zuriat yg soleh dan solehah di masa hadapan nanti…



p/s: 100% copy&paste from layar minda


Thursday, April 21, 2011

 jangan bersedih kawan.

Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 3.50. Sisa-sisa Mamee Sluuurrpp Kari Berapi dalam mangkok oren amil cuba aku habiskan. Sendat perut bahang (baham) 2 bungkus. Pergghh. Tapi aku tak makan sorang. Share ngan rumate. Orang kata sharing is caring. Bagi aku itu semua bullshit! Sharing is you're not cheap. Not sharing is CHEAP. Cheap, man. Cheap. Aku hangin gila kalo orang cakap aku cheap. Haha.

Sedang aku syok duk sluurpp baki megi tu, tiba-tiba je aku rasa megi tu sedap sangat. Tak tahu kenapa. Serdak perencah dia kot. Bingkis aku dalam hati. Kenapa masa megi ada banyak tadi aku tak rasa macam ni? Monolog aku sendirian. Bingung. Tingg. Mentol idea aku nak mengupdate blog tiba-tiba menyala. Ilham datang.

Aku rasa la kan, manusia ni kalau possess something in bundle, I mean plenty of it, tak kira la apa menda sekalipun. dia tak akan merasa nikmat menda tu. Macam tadi la. Masa megi banyak, tak rasa lagi kesedapan megi tu. Tak appreciate rasa megi tu. Tapi bila megi tu da surut sampai nampak dasar mangkuk, baru la terkedek-kedek sibuk nak makan betul-betul. Nak bagi lebih rasa katanya. Bila dah habis, dah takde, baru la menyesal.




Sama gak macam rokok. Masa baru pop kotak Dunhill 20s, isap pun macam nak taknak je. Maklum la, rokok banyak lagi. By the time rokok tinggal 2,3 batang, baru la nak isap macam orang gila khinzir. Selagi api tu tak sampai kat filter, selagi tu la dia isap. Sampai panas bibir sebab panas. Apa punya makhluk la. Dah sampai hujung nyawa rokok. baru nak sedut sampai pening kepala. Haha.

Kita manusia ni pun sama. Setiap hari mesti ada bebelan, rungutan, komplen, macam-macam lagi la. Paling tak pun, melontarkan kata-kata sumpah seranah kat pak guard. "Chelaka la pak guard. Saman aku.", " Sial punya pak guard rantai moto aku.". Setiap hari ada je yang tak kena ngan hidup kita ni. Lepas tu tension-tension lak. Mula la nak wat muka ketat. Mulut tu muncung dah macam burung belatuk dah.

Standard la tu der. Hidup ni memang banyak dugaan. Kalau takde aral, memang tak happening la hidup ni. Anggap la cabaran tu macam makan chewing gum. Kunyah-kunyah sampai da tawar, pastu buang. Jangan telan. Nanti membawa mudarat. Jangan duk pikir sangat masalah tu. Nanti terbawak-bawak sampai tak betul kepala hotak tu. Memang la kadang-kadang cabaran tu boleh wat kita lembik lutut nak mengahadapinya. Sabar la. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. La tahzan friends!






p/s: apparently I can't hold my lust to touch the keyboard, write entries and click 'Publish Post'. Blog, you whines so much. Hate you!

Monday, February 28, 2011

 perihal aurat

Assalamualaikum. Entry kali ni mungkin sensitif sikit. First of all, aku nak minta maaf la kalau ada yang terasa. No hard feeling ok. Aku bukannya nak menghentam atau kondemn sape-sape dalam ni. Just peringatan untuk diri sendiri dan kamu-kamu semua. Kalau cerita bab aurat ni memang susah nak habis. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke. Dua-dua sama je. 2x5.

Dari sekolah rendah lagi kita diajar tutup aurat. Jaga aurat. Kalau tadika tu aku tak sure la. Ada kot. Kalau tak kat sekolah, konfem parents ajar kan? Dalil pasal tutup aurat ni banyak. Dalam al-Quran ada. Dalam Hadith pun ada. Tape kenapa ada lagi golongan yang tak boleh tutup aurat? Yang dah tutup aurat tu pulak, tak boleh tutup dengan sempurna. Kalau kata tak tahu macam mana nak tutup aurat dengan sempurna, nampak beno menipu. Padahal kat sekolah dah ajar. Masing-masing dah besar panjang. Dah pandai berfikir. Lain la kalau budak-budak. Let's have a thought for a sec. kenapa Islam ajar kita tutup aurat? Kenapa zama sekarang ni banyak sangat kes-kes rogol, zina, buang bayi, etc?

Picture this, kalau perempuan tu pakai mini skirt, tube top, dedah sana, dedah sini, tersembul sana, tersembul sini, bukan setakat buaya-buaya je yang nak ngap. Tok imam pun terbang serban dia. Aku sendiri pun geram. Haha. Kalau ada kes rogol je, salahkan lelaki. Lelaki mata keranjang la. Lelaki gila seks la. Padahal diri sendir tu duk tayang free-free je. Ibarat suruh rogol dia pulak. " Try la saya. Try la saya.". Right? For certain cases la. Tak boleh ke pakai elok-elok sikit. Ni tak. Pakai jugak baju adik. Kesian kat adik tu, dah takde baju. Semua baju dah kena rembat ngan akak. Pakai la baju yang sedang-sedang dengan tubuh kita. Seluar pun sama. Suka sangat pakai jeans yang ketat tu. Tak sakit ke kak oi? Aku yang tengok pun rasa macam seksa je. Bak kata orang tua-tua, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Haha. Tolong la pakai seluar yang longgar sket. Selesa pun selesa. Udara pun masuk. Nyaman gitu.

Satu lagi pasal rambut. Ada orang kata rambut ni mahkota perempuan. Aku petik kata-kata Dr Pahrol dalam bukunya 'Tentang Cinta', kalau rambut ni mahkota, mesti la kena jaga betul-betul. mahkota tak boleh tayang macam tu je. Nanti kena curi dek orang baru tau. Tengok Queen Elivabeth tu. Bukannya tiap-tiap hari dia tayang mahkota dia. Betul tak? Sama jugak rambut ni. Jangan la tayang rambut sewenang-wenangnya. Simpan la untuk suami. Depan mak bapak, adik beradik, sedara-sedara boleh la. Tunjuk la kecantikan rambut korang tu untuk mereka. Bukannya untuk semua orang. Tak special la macam tu.



Haa. Pasal tudung pulak. Sekarang ni, ada macam-macam jenis tudung. Tudung Mawi la, tudung Ekin la, tudung Siti la, tudung bawal la. Macam-macam ada. Pilih je yang mana berkenan. Nak berfesyen tu tak salah. Tapi biarlah fesyen yang sopan, yang ikut peraturan. Islam dah menggariskan panduan yang betul pasal aurat dan tudung ni. Follow je la. Tutup la bahagian dada. Jangan pakai tudung yang singkat. Tengok je orang yang bertudung labuh. Sejuk je hati. Manis je. Sedap mata memandang. Apa salahnya pakai macam tu. Nak kata tudung labuh ni mahal, aku rasa takde la mahal sangat. Tudung Ariani lagi mahal kot. 2,3 ratus sehelai. Kecik je. Bila pakai, senteng je.

Yang lelaki pulak, apa salahnya bila main tu pakai seluar yang tutup aurat. Kalau ye pun rasa lutut tu lawa, tutup je la. Memang aku admit pakai shorts masa main rasa best. Rasa macam perform je. Tapi kena ingat la, aurat tetap aurat. Kalau agak-agak tak boleh main kalau tak pakai seluar pendek, pakai la seluar tight kat dalam. Terjaga jugak la aurat tu. Ngerti?

Aku sebenarnya bukan apa membebel macam ni. Bukan nak berlagak alim. Just nak mengingatkat sesama insan. Aku kadang-kadang pun buat silap jugak, tapi biasa la tu. Kita ni insan. Kita sentiasa dalam proses pembelajaran. Belajarlah daripada kesilapan. Jadikan kesilapan itu pedoman hidup. Kalau ada yang terasa, sekali lagi aku dengan rendah diri minta maaf. Tiada niat menyakitka hati sesiapa. Sekadar renungan. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!




p/s: baca pantun aurat kat sini.