Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

 judging homo sapiens


Assalamualaikum everybody. People usually say, don't judge book by its cover. I say, do judge a book by its cover! "Kenapa terbalik lak tu der? " somebody ask me. Because of one and only word. IMPRESSION.

Most of the time people judge someone by their first impression. They can tell whether he is bad or not. Sure it is not fair if we judge someone by looking his outer look only but it is the way now. For instance, if you walk in an interview with dull look, raggle-taggle hair, are you sure the interviewers can give you high impressions? No! It will never happen unless you have another excellent build-up package. The point is, take into account the word 'cover' because a cover is one of the reason people buy those books after the contents. Get it?

" Alaa. Aku beli buku sebab contents dia best. Cerita dia menarik". But how can you tell the book is good if it is wrapped in plastic? For certain you look at the cover first you dumb ass. Don't tell me that you buy a book because of its content you freak. A good cover can be a bonus for a book.
If the cover is eye catching enough, people will tend to buy it. Take a look at books that have dull cover, always at the back of the shelves.

Listen here people, what really important is the contents, our ability, but most people get rejected because they forgot one tiny important thing. Our cover. This seems like not important but believe me, if you're at the interviewer's seat, you will surely choose someone handsomely attired.

Tu bab cari keje. Yang bab nak menilai perangai orang tu pun sama gak. Orang duk bising cakap jangan judge orang berdasarkan pemakaian dia. Kenal hati budi dulu. Tak semestinya orang yang nampak jahat tu jahat. Memang la. Tapi kalau dah pakaian dia macam mat pit kongsi jarum takkan nak gi duk kawan lagi. Konfem-konfem korang lari an.

Yang aku paling takleh blah, statement artis bongok nak cover diri sendiri. Pakai baju yang gila seksi, super mini skirt, pastu cakap

"Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik," jelas pelakon drama bangang ini.

Kepala hotak hang nak kenal hati budi dulu. Kalau da ko tu pakai baju dedah semua menda, duk peluk jantan lain dalam club, duk menogok air kencing setan macam minum tea o ais, takkan nak angkat ko jadi calon menantu no 1? Kita takleh cakap menda-menda tak baik kat dia ni sebab tak kenal hati budi dia. Gitu? Haktuihh. Boleh blah. Don't judge book by its cover konon. Geli telinga aku dengar komen camtu.

Sunday, April 24, 2011

 tersentuh...



Assalamualaikum…hai kawan-kawanku semua …!! =)


Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini adalah sebuah kisah dimana tindakan yang kita anggap “kecil” tetapi sebenarnya amat bermakna untuk seseorang….


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”


“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”


“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”


Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”


Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”


“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.


“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”


“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.


“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.


“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

InsyaALLAH…

Semoga kita semua memperoleh zuriat-zuriat yg soleh dan solehah di masa hadapan nanti…



p/s: 100% copy&paste from layar minda


Thursday, April 21, 2011

 jangan bersedih kawan.

Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 3.50. Sisa-sisa Mamee Sluuurrpp Kari Berapi dalam mangkok oren amil cuba aku habiskan. Sendat perut bahang (baham) 2 bungkus. Pergghh. Tapi aku tak makan sorang. Share ngan rumate. Orang kata sharing is caring. Bagi aku itu semua bullshit! Sharing is you're not cheap. Not sharing is CHEAP. Cheap, man. Cheap. Aku hangin gila kalo orang cakap aku cheap. Haha.

Sedang aku syok duk sluurpp baki megi tu, tiba-tiba je aku rasa megi tu sedap sangat. Tak tahu kenapa. Serdak perencah dia kot. Bingkis aku dalam hati. Kenapa masa megi ada banyak tadi aku tak rasa macam ni? Monolog aku sendirian. Bingung. Tingg. Mentol idea aku nak mengupdate blog tiba-tiba menyala. Ilham datang.

Aku rasa la kan, manusia ni kalau possess something in bundle, I mean plenty of it, tak kira la apa menda sekalipun. dia tak akan merasa nikmat menda tu. Macam tadi la. Masa megi banyak, tak rasa lagi kesedapan megi tu. Tak appreciate rasa megi tu. Tapi bila megi tu da surut sampai nampak dasar mangkuk, baru la terkedek-kedek sibuk nak makan betul-betul. Nak bagi lebih rasa katanya. Bila dah habis, dah takde, baru la menyesal.




Sama gak macam rokok. Masa baru pop kotak Dunhill 20s, isap pun macam nak taknak je. Maklum la, rokok banyak lagi. By the time rokok tinggal 2,3 batang, baru la nak isap macam orang gila khinzir. Selagi api tu tak sampai kat filter, selagi tu la dia isap. Sampai panas bibir sebab panas. Apa punya makhluk la. Dah sampai hujung nyawa rokok. baru nak sedut sampai pening kepala. Haha.

Kita manusia ni pun sama. Setiap hari mesti ada bebelan, rungutan, komplen, macam-macam lagi la. Paling tak pun, melontarkan kata-kata sumpah seranah kat pak guard. "Chelaka la pak guard. Saman aku.", " Sial punya pak guard rantai moto aku.". Setiap hari ada je yang tak kena ngan hidup kita ni. Lepas tu tension-tension lak. Mula la nak wat muka ketat. Mulut tu muncung dah macam burung belatuk dah.

Standard la tu der. Hidup ni memang banyak dugaan. Kalau takde aral, memang tak happening la hidup ni. Anggap la cabaran tu macam makan chewing gum. Kunyah-kunyah sampai da tawar, pastu buang. Jangan telan. Nanti membawa mudarat. Jangan duk pikir sangat masalah tu. Nanti terbawak-bawak sampai tak betul kepala hotak tu. Memang la kadang-kadang cabaran tu boleh wat kita lembik lutut nak mengahadapinya. Sabar la. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. La tahzan friends!






p/s: apparently I can't hold my lust to touch the keyboard, write entries and click 'Publish Post'. Blog, you whines so much. Hate you!