Showing posts with label malam. Show all posts
Showing posts with label malam. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

 edisi malam raya pertama

Nothing much happen. There is no fireworks or whatsoever. Lepak at McD Teluk Chempedak. Pekena double GCB sebagai ganti ketupat and rendang. Layan fireworks unofficial show. Just cruising in Din's 7-series around Kuantan (jadi sakai jap, haha). Pusing-pusing cari tempat best nak lepak in future. Nasib baik Din ada. Very nice la mamat ni bawak kami gi jalan-jalan cari port best kat Kuantan.

Lepak-ing at Coffee Street with his bestfriend's family. Pak long, pak ngah, pak su. Old guys, young souls. Easy going. Padahal tak kenal before this. Tapi we can hang out and chit chatting like old friends. Nice! Bila cerita kedai kopi da buka, takde sape yang nak stop. There'll always be topic to talk about. Pot-pet pot-pet, dah pukul 2. Masing-masing beransur la pulang. What a night! Not really wild night but to know and hangout with such people with another background in field of work is really open-up my mind. Very berilmiah.




Monday, August 29, 2011

 edisi malam raya


29 Ogos 2011

Lemang? Ketupat? Dodol? Mercun? Bunga api?

Mana pergi semua benda alah tu pergi? Ya. Kat umah aku tak pernah bakar lemang. Ya. Aku tak pernah anyam ketupat. Apatah lagi kacau dodol. Tapi bab mercun ngan bunga api tu aku selalu sentuh. Mercun, bunga api tu dah macam sprocket ngan mudguard dah dalam hidup aku. Mana pergi semua tu malam ni? Arghh. Aku tak boleh terima.

Malam raya tahun-tahun lepas, kalau tak touch-up rumah, mesti kena goreng kacang nak buat kuah kacang nasi impit. Takpun pergi kedai beli apa yang patut. Tapi malam ni, aku nak touch-up pe jadah nye dalam ofis ni. Tak ke hangin bos aku kalau dia tengok aku letak langsir lip lap lip lap? Entah-entah pengsan orang tua tu kalau tengok ada pelita keliling ofis. Mesti orang putih pejabat sebelah cakap aku gila sewel kalau tengok aku lari-lari keliling parking depan ofis pusing-pusing bunga api kat tangan. Silap-silap dia bawak ngadap safety department sebab main menda letup-letup. Takde atmosphere raya langsung sekarang ni. Shit.

Pagi raya tahun-tahun lepas celik je mata lepas subuh gajah, pergi mengadap ke bawah duli ma ngan abah aku. Salam-salam, mintak-mintak maaf, peluk-peluk sikit, pastu ambil gambar famili. Lepas setel semua tu baru pergi solat raya. Tapi tahun ni, entah pergi entah tidak sembahyang raya. Bangun pagi pun belum tentu. Hanya aku ngan colleague sepejabat je. Tu pun kena stay kat pejabat. Sepatutnya aku masuk ofis kul 8.30, tapi esok aku nekad, pukul 11 baru aku nak masuk ofis. Memberontak. Sape suh tak bagi aku cuti. Pak guard pon cuti bos. Damn.

Yang ada sekarang ni hanya mercun bawang je. Bawang pun bawang la. Syukur la apa yang ada ye dok? Sigh*