Monday, August 29, 2011

edisi malam raya


29 Ogos 2011

Lemang? Ketupat? Dodol? Mercun? Bunga api?

Mana pergi semua benda alah tu pergi? Ya. Kat umah aku tak pernah bakar lemang. Ya. Aku tak pernah anyam ketupat. Apatah lagi kacau dodol. Tapi bab mercun ngan bunga api tu aku selalu sentuh. Mercun, bunga api tu dah macam sprocket ngan mudguard dah dalam hidup aku. Mana pergi semua tu malam ni? Arghh. Aku tak boleh terima.

Malam raya tahun-tahun lepas, kalau tak touch-up rumah, mesti kena goreng kacang nak buat kuah kacang nasi impit. Takpun pergi kedai beli apa yang patut. Tapi malam ni, aku nak touch-up pe jadah nye dalam ofis ni. Tak ke hangin bos aku kalau dia tengok aku letak langsir lip lap lip lap? Entah-entah pengsan orang tua tu kalau tengok ada pelita keliling ofis. Mesti orang putih pejabat sebelah cakap aku gila sewel kalau tengok aku lari-lari keliling parking depan ofis pusing-pusing bunga api kat tangan. Silap-silap dia bawak ngadap safety department sebab main menda letup-letup. Takde atmosphere raya langsung sekarang ni. Shit.

Pagi raya tahun-tahun lepas celik je mata lepas subuh gajah, pergi mengadap ke bawah duli ma ngan abah aku. Salam-salam, mintak-mintak maaf, peluk-peluk sikit, pastu ambil gambar famili. Lepas setel semua tu baru pergi solat raya. Tapi tahun ni, entah pergi entah tidak sembahyang raya. Bangun pagi pun belum tentu. Hanya aku ngan colleague sepejabat je. Tu pun kena stay kat pejabat. Sepatutnya aku masuk ofis kul 8.30, tapi esok aku nekad, pukul 11 baru aku nak masuk ofis. Memberontak. Sape suh tak bagi aku cuti. Pak guard pon cuti bos. Damn.

Yang ada sekarang ni hanya mercun bawang je. Bawang pun bawang la. Syukur la apa yang ada ye dok? Sigh*







5 comments:

ain.sumaiyah said...

muahaha.. ko goreng kacang ke..?
serius..untung gila aina dpt ko..ngehngeh

naqib faiz said...

untung eh? rugi ada la.. patotnya dia la yang kena goreng kacang.. hahhahaha..

nisa said...

x dpt cuti ke..cian mu..selamat hari raya paeh he..;)

Dr. Ben said...

eid mubarak!

hati2 baling mercun ;)

naqib faiz said...

nisa: xdapat la nek.. selamat hari raya nisak.. mintak maaf kalo aku ada cakap ko loading ke, slow ke, tua ke.. hahaha

dr ben: selamat hari raya