Sunday, August 21, 2011

Ramadhan dulu-dulu lagi

Continued..

Dulu pas abis je terawih ada moreh kat surau. Tapi aku ngan abang aku tak layan sangat moreh, maklum la masa kecik bukan nya pikir sangat pasal nak melantak kuih muih ni. Turun surau je kitorang standby dalam semak nak menyakat orang balik dari surau. Ada sekali tu salah sakat. Pi sakat atuk aku. Pe lagi, kena luku la kepala tu. Padan ngan muka.

Oleh sebab kampung aku ada banyak sawah, kalau hujan kadang-kadang tu ada la ikan haruan melompat atas tebing. Kalau nasib baik sampai atas jalan pun ada. On the way balik umah dari surau pas terawih, dapat la cekup ikan haruan sekor dua atas jalan. Suluh je kat air, terus nampak ikan. Apa lagi, terjun la dalam sawah tangkap ikan. Kain pelikat entah melayang kemana. Haha.

Sahur la aku paling liat sekali nak bangun. Nak bukak kelopak mata tu ibarat berkampit-kampit beras yang melekat kat mata ni. Ayat cite Adnan Sempit. Kadang-kadang aku pass macam tu je. Rela berlapar taknak makan darpada kena bangun sahur. Puas mak bapak aku kejut. Tak nak bangun gak. Kalau aku tengok cite upin-ipin mesti aku tersenyum sekor-sekor. "Eh, cam sama je". Sentak benak aku.

Kalau siang keje aku tak terbungkang atas katil je. Seingat aku la kan, zaman aku kecik-kecik dulu biasanya bulan puasa time hujung tahun. Time tu cuti sekolah. Buat biskut la yang paling syok sekali. Ye la, gather adik-beradik sama ngan mak aku buat biskut. Walaupun mula-mula tu rasa macam kena paksa buat semua menda tu, tapi lama-lama jadi best lak main gulung-gulung tat. Ingat lagi, mak aku buat satu buku log besar resipi biskut ngan kuih raya.

Biskut raya yang wajib dalam famili aku tak lain tak bukan mesti la tat nenas, almond london ngan cornflakes madu. Biasanya cornflakes madu la yang paling laku. Manis. Kalau tat gulung, abang aku la yang paling suka. Kalau masa gulung tat tu, dia sengaja letak jem nenas banyak-banyak pastu asingkan yang dia buat. Special dia kata. Macam-macam

Sekarang ni dah tak berapa nak buat biskut. Main tunjuk je. Tak best. Biskut buatan sendiri gak paling best. Suka ati ko nak buat bentuk macam mana pun. Cornflakes tu suka hati ko nak letak banyak mana pun. Letak sekotak cornflakes atas satu cup pun takpe. Tapi lepas tu konfem bertelur dahi ko kena luku ngan mak ko. Hahaha









p/s: since 10 August, aku tak jamah apatah lagi makan makanan mak aku. Ni la nasib hidup perantauan. Bak kata Jai, ssedihhh

2 comments:

ain.sumaiyah said...

paeh buat kuih raya!
mmg comel.
dpt imgine ko time tu.kihkih

naqib faiz said...

hahahaha.. siot