Kisahnya bermula apabila aku yang jakun tak penah jejak ke Genting ni buat usul kat si gemok Timan ajak gi Genting Highlands sebelum aku kena out-station di Gebeng. So, aku bagi mandat kat dia suruh buat kad jemputan and calling-calling semua member yang boleh ikut. Kiranya dia setiausaha program la. Tapi lebih kepada kuli aku sebenarnya. Hahaha. Bila dihitung balik, berapa kerat je yang dapat pergi. Aku, Timan, Tishim, Ema, Peah. Yang lain semua ada hal. Si Nikna sombong taknak ikut. Si Amil da balik, Zes ada hal lain, Capt pun sama, dah ada program lain, si Wan pulak gedik-gedik suruh pujuk dia. Memang tak la. So, yang pergi ngam-ngam satu kerete. Bagus la tu. Aku da macam kawen 4 pulak. Haha.
Jumaat petang, Ema call cakap dia dah ada kat Putrajaya, lepak ngan Wan. Peah pun ada sekali. Kitorang set jumpa malam sikit sebab aku ada hal nak bertumbuk ngan tuan rumah. Lepas setel semua tu, baru aku jumpa diorang. Dalam pukul 10 lebih gak la. Sampai-sampai kat depan Masjid Putra, baru letak bontot, diorang cakap da nak balik. Perghh. Aku diperkotak-katikkan. Siot! Tapi diorang pun dah tunggu aku dari petang lagi. Masing-masing muka macam belacan basi je aku tengok. Letih kot.
Sabtu, 8.05 pagi.
Semalam janji jumpa kat depan LPTA punya HQ pukul 8. Aku duk tercongok situ lepak ngan pak gad. Tungu punya tunggu, tak datang-datang. Ciss. Aku kena tipu lagi. Pukul 9.30 baru diorang sampai. Dalam jangka masa tu aku da siap ajar pakcik-pakcik gad tu guna Facebook ngan Microsoft Word 2010 dah. Alasan diorang lewat tu yang aku paling takleh blah. Sebab nak balas dendam kat aku sebab semalam aku buat diorang tunggu aku lama depan masjid. 3 jam lebih je kot. Bukan lama sangat!
Gerak pergi umah Tishim kat Muzium Negara. Before sampai umah dia, sempat lagi pusing-pusing Cheras, BTS, KL Sentral. Tishim tercegat betul-betul kat atas divider kat simpang. Nasib baik tak pegang penyapu je. Kalau tak, lauk la dia hari tu. Lepak umah dia jap, sempat main bola ngan Adam jap. Berpeluh-peluh gua. Lama tak exercise. Paling takleh blah, main Angry Bird siak. " Ni menda pe ni kaler hijau?" tanya gua kat Adam. "Babi." jawab dia ringkas, padat, tepat dan padu. Budak sekarang dah berubah kan. Haha.
Perjalanan naik Genting, macam shit jek. Kereta Ema merangkak je naik bukit. Nasib baik tak kalah ngan bas. Sorang-sorang berat yang amat, lagi-lagi budak tuh. Kesian kat driver. Dah la hensem. Macho lak tu. Sampai atas, puas! Sejuk gile. Air mineral dalam kete, terus beku. Tiba-tiba je. Salji pun ada. Si Peah tunggu balak dia, Ajim. Lepas tu terus gerak beratur naik skyway. Pack gila. Beratur lama gak la. Setengah jam. Nasib baik ada jodoh kat sebelah aku. Siap dia bawak mak bapak, nenek, sedara, bibik. Jeling je dia tengok aku. Dalam hati aku, konfem dia nak goda aku ni. Aku steady jer. Dah biasa da kena jelingan manja macam tu.
Perghh. Letih la menaip. Nanti la aku sambung lagi. Bulan depan pulak. Nak layan movie lak. Babai.