Saturday, March 3, 2012

jujur


Kita jujur ke tak sebenaqnya? Aku rasa aku tak jujur. Sebab aku selalu menipu kot. Susah der nak jujur. Gila ko. Takyah susah-susah cari contoh jauh la. Lepas exam, ko borak ngan member-member, ko sumpah seranah cakap tak boleh jawab exam tadi, mampos aku konfem fail, chelaka punya soalan, bla bla bla. Tapi bila mak ko tanya je, terus jawab superb mak, boleh lulus ni kot, biasa-biasa je soalan. Macam yakin jek depan mak. Cam sial. Tak jujur la tu.

Lagi satu, susah woo nak jujur. Bilamana ko nak jujur, ada je manusia yang memaksa ko jadi tak berapa nak jujur. Bayangkan, ko tengah membuang, pastu awek ko call, ko pulak lurus bendul sewel pergi angkat call tu kononnya sayang awek la. Awek ko tanya tengah buatpe, takkan ko jawab tengah berak sayang. Sengal la kalau jawab macam tu. Budus la aku panggil. Konfem ko kelentong kan? "Boboy ngah cari ilham ni sayang. Jap lagi ok.". Mesti ko jawab macam tu kalau ko gentle kan. Tak jujur jugak. 

Kalau ko keluar ngan perempuan lain, pastu awek ko call, takkan ko nak ngaku kan keluar ngan pompuan kan. Sah-sah ko reka citer kan. Tengah main golf la, main gym la. Padahal duk merendut kat Sunway Pyramid. Lahabau la kalau ngaku. Perang dunia kate ko. Tu aku tak sentuh pasal tak jujur dalam belajar lagi. Masa test, exam, final, duk meniru, bawak nota. Assignment tiru, nota pun tiru gak. Pendek kata kita memang tak jujur la. Betul ke guna kata ganti diri "kita"? Aku sorang je kot. Orang lain semua jujur. Aku tak jujur. 




4 comments:

Nina said...

hurm... good la entry ni.. menggingatkan akan kealpaan. ahhaks..
improve k pasni

ko jgn tipu tipu ae taw.. ahhaks..

ngee

naqib faiz said...

tipu? tak ah.. aku jujurrrrrr

ae said...

nina..sokong sgt!

ae said...

nina..sokong sgt!