Tuesday, July 12, 2011

709 Bersih 2.0 rally



Wow! Malaysia rupanya. Aku ingatkan Mesir. Ingat pak-pak arab je ke pandai berarak kat tengah jalan? Orang malaysia pun pandai gak. Bukan susah pun. Jalan je kat tengah-tengah jalan tu. Kalau kena kejar ngan polis, lari la cam lipas. Tak gitu? Buat perhimpunan macam ni mungkin ada baiknya. Nak buka minda rakyat, nak celikkan mata kerajaan. Tapi bak kata Tun Mahathir, perhimpunan ni lagi banyak negatifnya. Malas nak cerita panjang. Korang check it out sendiri la kat blog Che Det.

Aku da nek heran ngan situasi politik malaysia sekarang ni. It freak me out. Mana taknya. Makin lama makin teruk. Pembangkang dengan cara dia sendiri. Kerajaan pun dengan cara dia sendiri. Aku bukan nak sebelahkan sape-sape skang ni. Ye la kan, umur aku pun belum cukup nak mengundi lagi. So, sekarang ni aku duk atas pagar je and enjoy the show. Walaupun umur aku ni setahun jagung tapi aku idak la bodoh bebal takleh nak bezakan yang mana baik, mana buruk.

Geng pembangkang nak wat perhimpunan. Puak kerajaan pulak duk cakap perhimpunan tu perhimpunan haram. Tapi yang bangangnya, pada masa yang sama, ada gak puak-puak pro-kerajaan pun nak lawan gak buat perhimpunan sama. When Bersih organize so called illegal rally, Patriot pun sama naik. Tak ke nampak sangat kurang cerdik di situ. Free-free je rakyat boleh nampak betapa kurang matangnya keputusan yang dibuat. Bersih pun satu perangai. Orang da bagi stadium suruh berhimpun situ, dia tolak. Nak gak rasa kepanasan asphalt kat Dataran Merdeka tu.

Media pun satu hal. Terang-terang nampak macam kena bayar. Kalau parti pembangkang, gila-gila duk jaja cakap diorang ni kononnya jahat la, kaki korup la, sontot sana, sontot sini. Kalau kerajaan semua dia nak gebang lebih. Nak membongak pun man-man la. Pe punya bengap la media pun. Duk war-war cakap semua ni adalah agenda politik pihak pembangkang la, strategi untuk pilihanraya la. Memang la kejadian ni ada agenda politik. Takkan agenda peribadi pulak. Yang tu pun takleh beza ke.

Lepas rally ari tu, media sibuk duk lapor perhimpunan tu jadi riot. Berbuih-buih mulut penyampai berita cakap pasal kekacauan yang berlaku. Tak cukup ngan berita terkini, depa sambung pulak berita tengah hari. Tak cukup lagi, berita petang ada. Tak puas ati lagi, berita malam ada. Nak lengkapkan berita bohong, sambung pergi nightline lak. Nasib baik tak buat berita setiap setengah jam. Yang lawaknya, puak-puak media ni duk interview peniaga hari tu. Geng-geng peniaga pasar malam cakap depa rugi hampir 1 juta dek perhimpunan ari tu. Peniaga medan selera pun cakap rugi. The funniest thing is, sampai kat stesen bas di Kedah diorang pi interview nak tunjuk perhimpunan ni buat sial. Tak masuk akal der.

Dalam berita tunjuk huru-hara yang berlaku masa perhimpunan ari tu. Orang lintang pukang lari. Mana taknya. Dak kena kejar ngan polis. Takkan nak duk lepak sambil gulung rokok siap boleh main osom lagi kat situ. Kalau polis datang dengan trak lengkap dengan water cannon, takkan ko nak tegak berdiri sambil main gitar. Kalau tear gas dibalingnya kat ko, dengan selambanya ko pergi kat encik FRU tu sambil angat peace pastu salam cium tangan dia? Gitu? Lari la oi. Kalau tak lari, kena tangkap ngan polis. Konfem-konfem sedas dua penerajang singgah kat perut. Sakit oi. Bila da main lari-lari, nampak la ketegangan dan kedahsyatan situasi tu. Biasa la tu polis main kejar-kejar ngan penyokong. Bila lagi. Time kecik-kecik tak puas lagi main police and thief. Tak gitu?

Bagi aku la, orang yang buat semua ni da capai objektif dia. Sekarang rakyat da nampak dark sides of government, so diorang boleh la jadikan isu, agenda diorang nak berkempen untuk pilihanraya nanti. Kekejaman polis, kerajaan nak sembunyikan perkara sebenar, media corruption, macam-macam lagi la. Apa-apa pun perkara dah berlaku. Aku ucapkan takziah kepada arwah Baharudin Ahmad, 58 yang meninggal semasa perhimpunan tempoh hari. Hanya Allah yang maha mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Al-fatihah.

I'm sick of all the political shit. Full of lies, full of hatred. Yang aku tau, sampai masa pilihanraya aku pangkah la sape yang aku rasa terbaik. Kalau takde pilihan yang terbaik, aku buat undi rosak. Takpun buat parti sendiri. Aku presiden, aku penyokong. Haha. Tegaknya negara kerana pemimpin. Naiknya pemimpin kerana rakyat. Pandai-pandai la pilih time pilihanraya ni. Jangan sebab duit, maruah hilang. Jangan sebab kuasa, negara tergadai. Jangan sebab pengaruh, agama terpajak. This is MALAYSIA! Tanah tumpahnya darahku!




1 comment:

d9saphire@blogspot.com said...

sokong penuh.. both have pros and cons.. tapi masing2 ego untuk tunduk kepada jalan penyelesaian yang lebih aman dan sehala