Saturday, March 31, 2012

 i can't brain this



tension tak dapat tengok arsenal kena bantai




Aku blur ngan Malaysia sekarang ni. Apa nak jadi, benda kecik nak diperbesarkan. Apa kes lagu kena ban sebab katanya ada unsur hasutan mendorong remaja lari rumah as if before the song  was released there were no any teenagers run away from home. Mature please. 

Aku bukan minat sangat lagu tu. Bagi aku lagu tu is another piece of shit in mainstream. Tapi banyak benda lain lagi patut di-up kan jadi priority. Contoh, isu pemakaian artis patut diberi perhatian. Makin lama makin kurang kain aku tengok. Kata Malaysia ni berbudaya ketimuran. Sekarang ni nampak sangat kebaratan dan keparatan.  Artis lelaki bukak baju, kena ban. Artis perempuan rilek je tonjol barang diorang. Ini tidak adil. 

Kalau budak nak lari dari rumah, diorang lari jugak walaupun tak dengar lagu tu. Kenapa nak disalahkan lagu tu? Maybe sebab sekarang ni banyak kes hilang, lari dari rumah? Bullshit. Baik ban lagu yang unsur memesongkan agama. It Will Rain? Realiti Dewi? Relaku Pujuk? Born This Way? dan berlambak lagi lagu yang ada unsur-unsur masonik kalau nak dikaji liriknya. Use brain la. Decide what action need to be done. Jot down which one need to be act as top. 

Lepas ni mesti takde kes lari rumah sebab lagu hasut lari dari rumah dah kena ban. 





Friday, March 30, 2012

 counting days


Hari ni 30 Mac. Esok 31, lusa 1 April, abang aku sampai Malaysia. Aku syak la kan, abang aku ni buat lawak kot balik 1 April. Dia nak buat April Fool gamaknya. Aku boleh detect aura jahat dia tu. Haha. 









Thursday, March 29, 2012

 law




Gila baq hang. Kalau camni ramai la nak jadi strippers. Malam-malam beratus-ratus dapat. Sekali kena cekup, masuk court, hulur je not dua puluh lima. Pe de hal. Pejam mata je bagi. Top up pon beli celcom tiga puluh. Makcik jual ketayap pun nak belajar main tiang ni. Pusing-pusing tiang je. Tak de la susah benor. 

Ingat kat UTM, kalau kantoi meniru dalam exam, hukuman dia kena buang universiti. Tapi kalau kantoi beromen, kena gantung bape sem entah. Law have speaks. Shuush. Just look and nod. Sometimes they fool us. Let us watch the battle. Syariah vs civil. 






 romantis




"Sudikah kamu jadi yang halal buat saya?"

Tak boleh blah ayat. Lepas tu duk uasap-usap rambut, kesat-kesat air mata. Selama ni duk usung ke hulu ke hilir sampai ke Bali. Memang romantis. Bak pinang di belah dua. Lagi romantis kalau propose kat depan bapak dia. Baru gentle+romantik+berani. Gua tabik lu. 




Tuesday, March 27, 2012

 crush rule



Tadi dalam kete dengar suria fm. Ada caller ni cite dia ada minat sorang mamat ni tapi dia taknak luahkan perasaan dia kat mamat tu.

Bagi aku, kalau minat tapi taknak luahkan ibarat nak makan tapi malas nak bukak mulut.





 if tomorrow never comes



So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes










Monday, March 26, 2012

 UTM Sekudai





Seperti dalam resume, aku ni graduan UTM. Tapi sejak dari zaman forecast, masuk first year sampai dah habis aku tak pernah serius belajar. Aku hanya serius main-main saje. Aku ingat lagi nasihat mak aku masa mula-mula masuk u, " Lu kalau nak main masa u, main betul-betul, jangan main-main. Masa main tak boleh main-main.". Tu la pesanan yang masuk dalam kepala hotak aku. Pesanan lain aku layan tak layan.

Seperti kebiasaan anak durhaka, pesanan tu aku ingkar gak. Aku main tapi still main-main. Aku rasa sumpahan aku sejak forecast lagi. Duk dalam UTM memang auto jadi pemalas. Nak bukak buku rasa macam berat gila vavi. Kalau bab berjalan, ringan je kaki gua melangkah. Sepanjang duk UTM takde menda pun yang serius. Semua main-main. Hatta dalam gua mimpi pun boleh masuk kelibat member-member yang semuanya syaiton-syaiton perangainya.

Tapi alhamdulillah, gua berjaya grad. Lepas grad, gua still rindu zaman main-main kat UTM. So, weekend haritu gua pergi main-main kat UTM. Thanks Amil, Capt, Najmee, Na Qa, Nina, Ema, Peah, Diana, budak-budak tenis, sebab sudi bermain-main dengan aku. Nanti aku dah kurus aku pergi lagi.










 blog updated!

Susulan permintaan member gua yang mereng. Gua update blog ini.

Thursday, March 22, 2012

 oh awekku


Wahai aweks. Pelis la jangan pakai legging depan aku. Stim dowh. Tolong la hormat aku gak. Aku pun nak jalan dengan tenang dan macho beb. Hang ingat hang sorang ja ka nak jalan bagi semua orang duk perati kat hang? Aku pun nak. 

Aku fetish la kalau tengok daging peha hang melekap sama kontur dengan seluar. Lagi-lagi hat yang jenis berisi. Pergh. Membulat baq hang. Tu belom yang jenis ber-lace. So please eh. Jangan pakai ketat-ketat. Namo. Namo. Tak shelesha taw. 




 motivasi




Belek facebook hari ni nampak post 3 orang member aku. Masing-masing tak nak kalah buat post ayat bermotivasi. Cayalah geng!

Friday, March 16, 2012

 Book: Dilema Melayu & The Spear and The Kerambit



Dah lama sebenarnya aku habiskan buku Dilema Melayu ngan The Spear and The Kerambit. Cuma tak sempat nak buat review. Malas sebenarnya. Bukan jenis aku yang tulis post yang berilmu gila-gila. Tak reti ah. Geli.





Kesimpulannya, Dilema Melayu hasil tangan Dr. Mahathir pada zaman tu sangat la terbaik. Dia kaitkan semua faktor tentang ketidakupayaan dan ketidakbolehmampuan bangsa Melayu untuk survive kat tanah tumpah sendiri. Banyak sisi yang Dr. M kaji, daripada segi keturunan, sikap dan perangai, adat dan sebagainya. Dia selitkan juga strategi bangsa pendatang pada zaman dulu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka dan bagaimana mereka boleh berjaya especially Chinese. Buku ni adalah an eye-opener for Malays. As stepping stone for sure. 





The Spear and The Kerambit dedicated for the VAT69 squad in PDRM. VAT69 stand for Very Able Troopers 1969. Menceritakan tentang kewujudan pasukan komando polis bagi memerangi komunis pada zaman ubi kayu dan menghapuskan saki baki komunis. The Spear and The Kerambit is the symbol of VAT69. Spear, long and strong. Kerambit, small weapon yet deadly. Liku-liku, cabaran dan saat genting menghadapi komunis turut diceritakan dalam buku ni. Penulisan Bahasa Inggeris yang simple dan mudah difahami. Buku ni ditulis sendiri oleh bekas ketua VAT69, A. Navaratnam.

Dua buku ni bagi aku berbaloi la untuk dibaca. Coming soon, Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim, A Map of Terengganu by Awang Goneng. Insyaallah. 





 malaysia sekarang



Frontpage Harian Metro harini. Sekarang ni dahla susah cari keje. Lepas ni mesti ada banyak timbul kes tinggal mak kat hotel. Lepas tu masuk paper. Dapat keje. Setel. 

Tuesday, March 13, 2012

 Dirang




Makin lama makin chelaka penjenayah. Tak kira jantan ke betina. Macam babi la kamu ni. Budak umur 5 tahun kot. Aku rasa yang bunuh ni mesti takde anak sebab tu dia tak rasa apa bila bunuh bakar budak kecik. Mandul maybe?

Kalau dapat tahu la siapa pembunuh pembakar tu, jangan dihukum bunuh dulu. Bagi orang ramai cabut dulu bulu sehelai sorang. Dah licin elok je, salai macam ayam pulak. Agak-agak dah nazak, jangan digantung, pancung tengah khalayak ramai. Baru orang lain tak berani nak buat. Bukan dendam. Geram.

Sekarang ni dah banyak kes culi bunuh budak kecik. Faktor kesilapan dan kecuaian parent mungkin wujud. Faktor persekitaran pun kena ambik kira. Tapi tak boleh dipertanggungjawabkan seratus peratus. Ketat macam mana sekalipun kawalan, kita hanya mampu merancang, Allah yang menetapkan. Kan?

Semoga roh Nurul Nadirah Abdullah dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Monday, March 12, 2012

 trend

Kalau pakai oakley frogskin ala-ala oldskool smart aku tengok. Pakai tudung lilit hana tajima pon cute gak. Tapi yang tak cutenya bila dah jadi macam trend. Semua orang pakai nak sama. Gi sini pakai camtu. Kat sana pun dua kali lima gak. Bosan.

Bila dah jadi trend, automatically jadi kureng. Fixie. Awal-awal masa tak berapa nak market lagi natang ni, aku ada la tengok 2,3 kali dak fixie men kat bazar karat JB. Macam kool siak. Pusing-pusing hendal, reverse, lompat sana sini. Tapi sekarang macam jakun dah aku tengok. Bawak besikal kaler pink, hijau terang gila vavi, tayar kecik, pakai baju kemeja petak kasut vans topi supra tengah malam. Dah la gear mati. Kalau kena orang gemuk bawak fixie pastu nak kena memanjat bukit, konfem patah besikal tu.

Orang puji lawa, hensem, stailo bukan sebab memang betul-betul lawa, hensem, stailo tapi sebab ikut trend. Tu pun kalau jujur. Kalau tak dalam hati siapa tahu. Haha. 

Wednesday, March 7, 2012

 rabu rabak : boredom









 speed trap siak

Kalau tak salah pemahaman aku ni, polis buat perangkap kelajuan sebab taknak bagi pengguna jalanraya melebihi had laju kebangsaan kan? Sebagai salah satu usaha mengelakkan kemalangan. Bukan sebab nak saman menyaman je kan. Kenapa mesti ada segelintir yang menyorok sambil pegang speed gun? Aku tak cakap semua.

Tiap-tiap minggu aku kena ulang alik dari Bangi ke Kuantan. Mesti ada yang duk kat celah-celah tiang bawah jambatan, fly over, duk mengendap sambil pegang speed gun nak menembak. Yang lagi teruk ada yang duk dalam longkang nampak kepala je terjojol. Macam komando pun ada. Komodo barangkali. 

Kalau betul la speed trap tu nak cegah orang darpada memecut macam pelesit atas jalan supaya tak berlaku kemalangan, kenapa tak secara terang-terangan? I mean buat la pos kat point-point tertentu. Tak perlu kot nak menyorok bagai. Tup-tup sampai surat saman. Pedih woo nak bayor. 

Kalau buat speed trap tersembunyi, orang bukan sedar pun. Kalau dah tak sedar, pedal minyak tekan rapat ke lantai jugak. Kalau terangan, at least orang noticed dan kurang la sikit keinginan nafsu serakah nak pecut laju. In a way, risiko kemalangan reduced. 

Pokok pangkalnya  adalah pemandu tu sendiri. Kemalangan ni bukan kira laju ke tak. Kadang-kadang bawak 30km/h pun boleh jadi. It's all about risk. Hidup kita kan memang bergentel-gentel dengan risiko. Kita yang ambik risiko tu tapi bukan kita seorang je yang kena tanggung. Orang lain pun tak pasal-pasal kena tanggung. Kita mampu mengubahnya. Hahahaha. 




Monday, March 5, 2012

 biskut cap pingpong



Member-member gua bising biskut cap pingpong habis gua makan. Haish.

Sejak kecik lagi aku obses dengan biskut cap pingpong ni. Kalau dulu aku tak pandang biskut tiger. Biskut mayat pon aku tolak tepi. One and only favourite, biskut Hup Seng cap pingpong. Sugar creacker, Rocky, memang tak berapa boleh nak challenge kot.

Biskut ni walaupon biskut tawar tapi ada rasa. Kadang-kadang masin, kadang-kadang manis. Aku pon rasa misteri gak la dengan biskut ni. Kalau cicah dalam air teh-o, memang heaven. Sebungkus tu pejam mata je habis. Bukan sebab aku ni pelahap ke , gelojoh ke, tapi sebab biskut tu melalaikan. Ada sekali masa camping kat Stong, aku lahap biskut tu cicah air terjun je. Punya la pemalas nak bancuh air. Tapi still sedap. Nasib aku je baik sebab tak kena kecing tikus. 

Kalau tinggal biskut ni macam tu je, sehari semalam pon konfem tak lemau. Entah bahan pengawet apa yang dia pakai aku pon tak tahu. Satu malam tu aku tido, pastu aku terjaga dalam pukul 2,3 pagi. Nampak depan mata biskut pingpong. Kepala otak mamai lagi, tapi tangan aku aktif menyuap biskut lagi. Pastu sambung membuta. Dah la tak ikat. Bangang.

Sape eh cipta biskut cap pingpong ni. Sedap semacam je. Thanks. You made my day lah. Hahaha. 








Sunday, March 4, 2012

 if tomorrow never comes


Orait. Lagu ni jiwang bukan bermakna aku tangkap leleh. Lagu-lagu macam ni layak pasang sebelum tido je. Dengar sedas terus lentok dibuai khayalan. Slow yang amat tapi macam bermakna je lirik dia. Just teringat lagu ni masa karok ngan Amal kat Kuantan. Pergh mal. Suara ko sebijik macam Ronan Keating. Amal Keating la pulak. Quando quando quando. 

Love her.





Saturday, March 3, 2012

 jujur


Kita jujur ke tak sebenaqnya? Aku rasa aku tak jujur. Sebab aku selalu menipu kot. Susah der nak jujur. Gila ko. Takyah susah-susah cari contoh jauh la. Lepas exam, ko borak ngan member-member, ko sumpah seranah cakap tak boleh jawab exam tadi, mampos aku konfem fail, chelaka punya soalan, bla bla bla. Tapi bila mak ko tanya je, terus jawab superb mak, boleh lulus ni kot, biasa-biasa je soalan. Macam yakin jek depan mak. Cam sial. Tak jujur la tu.

Lagi satu, susah woo nak jujur. Bilamana ko nak jujur, ada je manusia yang memaksa ko jadi tak berapa nak jujur. Bayangkan, ko tengah membuang, pastu awek ko call, ko pulak lurus bendul sewel pergi angkat call tu kononnya sayang awek la. Awek ko tanya tengah buatpe, takkan ko jawab tengah berak sayang. Sengal la kalau jawab macam tu. Budus la aku panggil. Konfem ko kelentong kan? "Boboy ngah cari ilham ni sayang. Jap lagi ok.". Mesti ko jawab macam tu kalau ko gentle kan. Tak jujur jugak. 

Kalau ko keluar ngan perempuan lain, pastu awek ko call, takkan ko nak ngaku kan keluar ngan pompuan kan. Sah-sah ko reka citer kan. Tengah main golf la, main gym la. Padahal duk merendut kat Sunway Pyramid. Lahabau la kalau ngaku. Perang dunia kate ko. Tu aku tak sentuh pasal tak jujur dalam belajar lagi. Masa test, exam, final, duk meniru, bawak nota. Assignment tiru, nota pun tiru gak. Pendek kata kita memang tak jujur la. Betul ke guna kata ganti diri "kita"? Aku sorang je kot. Orang lain semua jujur. Aku tak jujur. 




Friday, March 2, 2012

 Adele - Set Fire To The Rain







Aku tak tahu macam mana boleh terjerat dengan lagu ni. Tapi ada satu pedoman yang aku boleh kaut dari si Adele ni. Bukan macam mana nak buat suara jadi sedap. Takyah. Suara aku dah cukup sedap macam Awie. Cukup serak seperti Ramli Sarip. Cukup tinggi macam Amy Search. Pedomannya, walaupun gemok tapi jangan rasa diri tu fail. Boleh kurus pe. Lain la kalau Dang Suria. Dalam kepala otak dia, nak yang lawa hensem je. Macam dia. Bibir tebal. 

Orang sekarang dah pandai nilai talent. Bukan harap muka je. Nyanyi macam katak. Baby, baby. baby~~ Berlakon macam ada sindrom down. Tengok la Adele. Dia gemok, tapi dia ada suara, dia jadi femes. Talent babe. Not with some heavy make-up on face, 36-28-38 figure, voila, automatically famous. Suara ke laut. Sumbang tak hengat. Looks just a bonus.  

Timok, aku rasa ko boleh try la. Hahaha.         




Thursday, March 1, 2012

 Kisah semalam: Details yang ringkas


NI BARU RINGKAS


1. Pepagi dah kena food kicking. Macam biasa bangun pagi, gosok gigi, perkara paling penting sebelum mandi, membuang. Penangan kuew tiaw tomyam yang dimasak dengan sedap semalam, my tummy jadik mangsa.

2. Nikna call. Wow serius cakap nak lama. Suara ko macam sayur. Kenapa eh?

3. Skype ngan Iju, Jep ngan Timan. Entah keluar topik apa diborakkan. Durian, MLM, fairlady, kawen, ketam masak lomak cili api, broga, keje. Last skali daa daa. TERBAEK.

4. Capt mesej. Entah apa menda dia mengarut tu. Macam orang tak cukup kasih sayang aku tengok. Haha.


Tu je la kot. 4 point je. Tak sampai 8 la. Tengah bosan memang camni.