Wednesday, May 30, 2012

 suwey



Tadi lepas lunch, aku buat kerja rutin aku. Explorace cari kain sape dapat dulu. Selit-selit jugak dengan push production. Tapi harini aku spesel sikit. Angin kus-kus aku tak berapa nak elok sebab kena bebel ngan si kepala kecik. Hangin aku, aku bawak sampai ke bawah. Silap besor la sape buat taik ngan aku kali ni.

Dah ready nak mengamok kat sape-sape yang buat sial dengan aku. Bila lagi aku nak tunjuk power kan. Dah sebulan aku keje, masing-masing nak pijak aku punya kepala. Ini takleh jadi. Aku kena jadi kepala angin sikit ni. Nanti ko.

Sampai kat finishing section, aku tengok troli aku tak gerak lagi. Memang nak kena mamat vietnam ni. Aku suruh pagi tadi, ko buat tak endah ye. 

Aku nampak dia steady je duk main air gun kat celah mesin. Apa lagi, keluar la suara bak guruh aku. Aku jerit panggil dia. Dia buat tak tau. Pandang pon idak. Panggil sekali lagi. Sama je respon. Chilake mamat ni. 

"Woi, datang sini tarik ini troli sial! Aku cakap sekali ko tak dengar. Malas macam babi!" 

Sekali dia pusing kepala dia 180 darjah, mata dia dah merah. Aku tengok tangan dia dah menggeletar. Bukan vietnam tu. Sekali big boss merangkap manager kilang la pulak. Muka, stail rambut sebijik sama kalau tengok dari belakang. 

"Apa lu mau?! Jerit-jerit macam olang gila! Dah lama keja ka?! Cilaka punya olang"

Sial. Aku dah silap sound orang la pulak. Mencicit aku lari menyorok celah A-frame. Tobat aku tak buat kepala angin dah lepas ni. 

Rupanya si vietnam chilaka tu belakang aku selama ni. Dia tengok je aku maki big boss. Dia senyum. Aku pun senyum. 




Tuesday, May 29, 2012

 hampeh




Ni semalam punya cite. Dah basi.

Aku tengah tensen kena tekan ngan bos masa tu. Dia suruh aku turun production pergi maki operator sebab lambat packing order. Aku ni memang jenis hati lembut sejak azali lagi mak aku cakap. So bukan stail aku la nak gi marah buta-buta je operator vietnam tu. Dia bukan buat taik dengan aku pun.

Aku steady je turun gi production. Sampai-sampai kat mesin tu, operator tu ada tercegat kat situ. Elok. Aku buat cool ngan dia. Aku tanya itu ini itu ini, cakap aku pon lemah lembut macam nak pujuk awek. Dah puas tanya macam-macam, aku try ringan-ringan ngan dia. Okay gak borak ngan dia ni. 

Bila saat aku nak belah je, dia tanya aku.

"Abang ni malai ke bangla?" 

Speechless. Sial. Dia buat taik ngan aku.

Monday, May 28, 2012

 mampos gua




Arakian, ada sorang brader tempat aku keje ni, orang panggil dia Apai. Bukan calang-calang dia ni. Juara karaoke peringkat industri tahun lepas. Masa tu dia bawak lagu Jamal. Orang duk cite memang lentok habis. Memang aku pon takleh lawan kata diorang la.

Pagi tadi aku serempak ngan dia masa ngah follow-up. Dia senyum. Aku seyum balik. 

"Yo bro. Cari kain ke?" tegur dak Apai dengan suara serak Mus May.

"Tak. Tengah cari kupang. Sekarang ni musim kupang." Balas aku selamba tiru suara Ramli Sarip.

Senyap si Apai berlalu pergi.

Dua tiga saat lepas tu kedengaran bunyi troli melambung, mesin scutcher meletup.

Mampos aku esok.

Friday, May 25, 2012

 perasan



Ni orang panggil entry membalas. Takde modal, tapi nak membalas gak. Haha.

Gi keje rambut sikat elok je. Rapat belah tepi, belah depan tarik naik atas. Cokeng. Abes keje, rambut gua kusut gila babi macam baru lepas beromen 4,5 round. Bahana melayan kerenah mat bangla ngan minah vietnam. Hancur rambut gua. Sial.

Aku ada dengar cite la ni, ada sorang member ni, dia perasan aku cakap dia gila karaoke. Shilake. Ada kemungkinan dia rasa dia betul-betul gemuk kot. Ada kebarangkalian jugak, dia ni memang gemuk. Kebarangkalian kedua tu sangat tinggi la.

Terasa ke der? Huahahahahahahahahahahaha. 









Thursday, May 24, 2012

 bangla baguuus



Pagi aku hari ni bermula dengan perasaan puas dapat main futsal semalam. Walaupun kaki lenguh kesan dari semalam, aku masih ceria lagi menyapa semua yang melintas depan aku kat kilang. Macam biasa pagi-pagi konfem berpeluh follow up order, pusing satu kilang, check sebijik-sebijik troli ngan A-frame yang beratur beratus-ratus banyaknya. Tak kira lagi yang duk kat ceruk celah-celah mesin. Tak kira lagi yang operator bangla ngan vietnam susun rapat gila babeng, tak muat aku nak masuk. Terpaksa tahan nafas bagi perut kempis sampai boleh masuk. 

Biasa start pukul 8, habis dekat-dekat pukul 10. Naik ofis berpeluh-peluh. Baru je duduk, nak buat status, bos aku panggil suruh aku pi kejar production, ada order urgent kena siap before pukul 4. Macam chilake. Tak sempat panas punggung lagi kot. Order tu orang lain punya, dia cuti hari ni. Genius mamat tu. Hari ni ada order urgent, hari ni jugak la dia cuti. Aku ngan member aku sorang lagi plak jadi kambing hitam duk kalut turun naik pergi production. 22,000 meter nak kena shipping hari ni. Keje gila!

Ada sorang leader bangla finishing ni, aku pergi kat dia kali pertama nak suruh dia buat order urgent dulu, dia angguk je. Orait bos, orait bos. Bagus jugak bangla ni kata aku dalam hati sambil tepuk-tepuk bahu dia. Dalam setengah jam lepas tu bos aku tanya status macam mana. Aku cakap ditanggung beres bos. Aku pegi follow up balik lepas tu, chilake hape. Tak gerak pun troli 3 bijik tu. Aku panggil bangla tu aku tanya kenapa tak queu lagi. Dia jawab sori bos sori bos je. Bengang, aku lingkup semua troli tu, mengamuk, satu section semua troli berterabur. Tu baru aku mengamuk, belum bos aku lagi. Sekali dengan aku nya dia lambung. 

Kali ketiga pergi, dari jauh dia nampak aku, berlari dia datang. Tak banyak cakap, report kat aku semua sudah setel. Sengih-sengih macam takde pape jadi tadi. Syabas bhaiya, syabbas. Aku tepuk-tepuk bahu dia, sesekali aku katok belakang dia. Sial tak dengar kata. Pasal dia, aku pulak yang kena tiu ngan bos besar. Haram j. Last-last baru aku tau order tu shipping esok, kena on hold dulu. Bos aku sengih je tengok aku macam orang gila pi kejar production. Lahabau punya leader.

Tiap-tiap hari memang aku kena berlatih maki orang secara baik. Agak-agak diorang pijak kepala, kena la maki macam orang sawan sekali sekala. Lepas tu, bermulalah masa aku kena benci, umpat, bahan kaw-kaw ngan orang production kat bawah. Memang aku sendiri pun tak tau aku boleh hadapi tak bila jadi macam tu. Yang aku paling tak puas hati, bos aku paksa aku masuk pertandingan karaoke jadi wakil section. Alasan dia sebab orang baru wajib masuk. Lahanat. Muka aku ada macam muka Hattan kot. Hari tu memang aku amik MC, konfem. Aku bukan macam budak gemok gila karaoke tu.












Monday, May 21, 2012

 sumpah pocong



Aku tak tahu nak tulis apa. Stress pala otak pasal keje. Macam chilake, lahanat, lahabau. Aku baru masuk keje, jangan expect aku tahu semua SOP keje, jangan anggap aku tahu buat semua keje. Kalau tak tahu, tanya katanya. Kalau aku tanya, dia angkat tangan buat tak layan. Macam shit. Kalau tak tanya, dia tuduh aku buat bbijok. Orang macam ni la tak lama lagi makan safety boot cap Red Wing saiz 9. 

Sabar Faiz sabar, dia memang camtu, pujuk member aku. Ya, nama glamer aku skang Faiz. Haha. First time rasa macam geli gila. Tapi ternyata pilihan tu agak bijak dan selamat sebab ada sorang bangla ni nama dia Rakib. Dekat-dekat nama aku. Bila bos aku sebut nama dia, dengan aku aku sekali menyahut. Bos aku cakap ko pehal? Takde pe bos, rambut lawa hari ni, balas aku. Tersengih macam bangang bos aku.







Lagu ni syok! Tiap-tiap hari dengar. Haha.




Wednesday, May 16, 2012

 ideologi




Tak guna nak tunjukkan kebodohan sendiri bertekak pasal ideologi masing-masing. Lagi bodoh kalau setakat ikut-ikut je tapi nak tunjuk kononnya dia ni la paling tahu semua menda. Simpan la bodoh tu kat umah diam-diam. Ko cakap aku bodoh, aku pulak cakap ko bodoh. Lama-lama orang nampak dua-dua bebal. Pasal ideologi toksah duk berbalah la. Dah namanya ideologi. Kata akar dia 'idea'. Idea masing-masing punya la. Bising buat apa kalau dah macam tu orang lain pikir. Takleh paksa-paksa.

Sedih, sampai ada yang sanggup jadi pencacai lubang najis untuk parti. Sanggup pergi kecah majlis orang lain, sanggup berteriak sampai tersembur air liur, ada yang anak tekak nak terkeluar semata-mata sepuluh ringit ngan bekal rokok Canyon sekotak. Kepala dapat la dua kotak. Mana pergi maruah ko sial? Pergi tungging juboq kat depan umah orang. Tak malu ke anak cucu tengok. Fanatik biar bertempat. Perlakuan menggambarkan pemikiran. Kalau dah macam tu perangai, buat malu je bhai. Orang atas ko tu pun sebelah mata pun belum tentu dia pandang, apatah lagi nak pergi tepuk bahu hangpa. 

Negara ni negara demokrasi. Bagi aku senang je demokrasi ni. Contoh, kalau kita tak puas hati dengan kerajaan sekarang, kita pangkah je la pilihan lain. Kalau pembangkang jadi kerajaan, kita tengok satu penggal nanti. Kalau tak puas hati ngan kerajaan masa tu, kita pangkah pembangkang pulak. Keputusan ada pada rakyat. Tak perlu nak berfanatik dengan satu parti politik tu sahaja walaupun parti tu korup. Senang. Tu la konsep demokrasi, bukan pemerintahan kuku besi, diktator mahupun komunis. Rakyat kena bijak memilih.

Tak perlu nak melebih-lebih burukkan parti lain. Fokus pada apa yang akan anda yakni wakil rakyat terpilih, sumbangkan kepada rakyat. Anda pegang amanah rakyat. Bukan untuk kesenangan anda dan kroni-kroni anda sahaja. Rakyat dahagakan kasih sayang yang adil dan saksama. Tanggungjawab tu besar. Jangan pandang enteng semua menda tu. Kelak akan disoal. Sebab tu pergi berhimpun tengah-tengah panas terik. Tapi pihak berkuasa sembur air kasi sejuk sikit. Alhamdulillah. Ada yang lagi bertuah, siap makan cota berlaukkan boot. Memang diorang pergi pun nak rasa semua menda tu. Sedap. Lepas ni nak lagi.

Rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Pernah dengar? Bahasa Melayu darjah lima dulu. Takkan tak ingat. Penat cikgu bahasa melayu ajar. Memang makan semut la kalo tak ingat. Anyway, selamat hari cikgu la kat sesape yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu. Mak aku cikgu, bapak aku cikgu, kakak aku cikgu, abang ipar cikgu, mak sedara cikgu, sepupu pon cikgu, aku ni baka cikgu. Nak kena cari awek cikgu gak ni. Cikgu Suraya mungkin. =)









Tuesday, May 15, 2012

 ekspidisi



Plain White T's - 1  2 3 4



Sumbat earphone ketat-ketat, katok-katok bantal dulu bagi empuk, betulkan parking, body position mesti mau ngam, capai buku sebelah katil, pacak atas perut. Ada guna gak perut yang membukit tanpa ada tanda-tanda mau susut. Betul kata orang lain, setiap menda berlaku pasti ada hikmahnya. Bila formasi dah terbaek, apa lagi, mula la mengeja.

Sedar tak sedar dah tiga suku buku Sandra Loh aku dah baca. Pedalling Around The Peninsula. Menarik gila siak idea dia ngan partner of crime dia tu, Mak. Cycling to all four corners of peninsular. From Padang Besar to Tanjung Piai to Sungai Rengit to Kota Bharu and finally back to Langkawi. Gila baq ang! Berduet lak tu. Diorang cari chemistry throughout the journey. Kalau dah journey sebulan lebih, 2664 klicks covered in 37 days to be exact, chemistry mesti tip top. Kalau tak ada yang ber-smack down kat tepi jalan. Jalan penceritaan dia detail dan buku ni macam boleh dijadikan panduan kalau ada lagi orang nak berbasikal keliling Malaysia. Suka duka jerit perih usaha diorang naik basikal memang buat aku teruja. Aku memang tak dapet la nak buat macam diorang tapi the least I can do is feel the journey from her writing.     

Sebelum bulan puasa tahun lepas bro aku dah kematu bontot naik basikal dari Hannover sampai Istanbul. Elok sampai sana dah Ramadhan. Masa on the way ke Ipoh tempoh hari, aku ada menyembang ngan abang aku, dia cite impian dia nak naik kapcai dari Malaysia sampai Thailand, Kemboja pastu pejadah nama negara lagi. Kalau boleh C70 takpun scrambler Azrai. Konon nak buat macam Jeremy Clarkson and associates dalam TopGear Vietnam Special. Tapi bagi aku serius nice idea dia tu. Cuma masa dan budget je yang sempit buat masa ni. Itu semua bisa diatur. Kalau aku ada kesempatan, memang aku nak join gak abang aku tu. Nak kayuh memang tak larat. Rempit kapcai sampai Thailand la. Pun boleh. 










Sunday, May 13, 2012

 kawan baru



Hahahahahaha. Aku da ada member baru. Rumate lagi. Gila desperate tulis macam ni dalam blog. Tapi budak ni macam tak boleh masuk sangat. Kepala dia betul. Tak masuk air. Tak ngam la camni. Budak baik. Aku takleh la kalo member camni. Tanya sepatah jawab sepatah. Kalau dah 5,6 line dialog, dah jadi macam soal siasat. Tapi takpe, tak lama lagi aku bagi dia masuk air la. 

Naseb bek ada si Afif yang sudi ngajak ngan meneman aku lepak di hujung minggu. Thanks to her, gi Jonker Walk cari souvenir untuk lecturer dia. Gila baguih budak ni. Nak membodek je keje. Obvious kot. Melayang duit aku beli buku tiga bijik. Buat peneman masa bosan. Nerd gila! 

Sape cakap aku menyesal duk sini? Tak eh. Hepi kot. Tenang je. Bangun pagi-pagi bawak moto slow-slow je gi keje. Layan angin pantai pagi-pagi. Takde bising-bising orang nak hon, kena sembur ngan asap lori tanah, takde lagi cilok-cilok celah-celah kete nak gi keje. Hanya jalan lurus tepi pantai. Layan.



#1: Pedalling Around The Peninsula (Sandra Loh)






#2: Growing Up in Trengganu (Awang Goneng)








#3: A Map of Trengganu (Awang Goneng)













p/s: gua tak nyesal betting ngan lu.









Saturday, May 12, 2012

 abang nuar



Hari tu aku, mak aku, bapak aku, adik aku mam kat Asam Pedas Selera Kampung kat depan Menara Taming Sari. Ada sorang brader guide ni aku tanya dia mana asam pedas paling best kat Melaka, dia cakap Asam Pedas Selera Kampung memang terbaek. Ho liao katanya. Tapi hampeh. 

Indah khabar dari rupa. Lebat cakap dari rasa. Mau aku sound mamat yang suggest kedai tu. Macam longkang punya sembang. Kecewa je. Masa beratur nk membayar bil, tiba-tiba suasana kedai yang sebelum ni tenang stenang-tenangnya bertukar menjadi kecoh. Aku tengok kat luar kedai ada mat-mat peronda MBMB check kete yang parking tak letak kupon. Nak menyaman la tu. Patut la sekor-sekor macam nak terkencing.

Rupanya bukan sebab tu. Datang la ada pelayan ni bisik-bisik kat kaunter. "Anuar Zain ada. Cepat-cepat gi ambik gambar.". Cheh. Mamat ni rupanya pencetus rusuhan kat kedai ni. Mangkok hayun.  Ada akak tu nak amik gambar ngan Anuar Zain sampai tak basuh tangan, nasi lekat lagi kat tangan. Asam pedas pari ada lagi dalam mulut duk kunyah. Excited punya pasal.

Adik aku darjah tiga selamba je cakap kat pelayan tu, "Anuar Zain je. Ada saya kesah bang?". Bangga siak ngan adik aku ari tu. Lepas bayar, sebelum kuar, aku sempat gi berdiri kat sebelah Anuar Zain. Rendang rupanya mamat ni. Ingatkan tinggi benor. Jauh macho aku, bapak aku bisik kat aku. Kembang sat.














Friday, May 11, 2012

 kawan yang sial



Nak tau apa yang sialnya ada kawan? Masa kita tengah syok membuta, dia gi kacau. Main tarik-tarik bulu betis. Pedih la ngok. Terbantut mimpi indah. Ada satu masa tu dia gi on lampu. Korang boleh paham tak perasaan kalau tengah syok lelap tiba-tiba ada makhluk gi bukak lampu? Mata ni rasa macam kena piat ko tau tak.

Kadang-kadang kalau ada buat salah sikit, ditunjal-tunjalnya kepala macam teddy bear. Agak-agak la, kalau cute sangat pun, jangan la men jari macam tu. Kepala hotak ni banyak menda lagi nak pikir. Kalau da selalu kena tenyeh, makin lama makin bengap la. Dah la yang sedia ada bengap. 

Lagi tak leh blah bila kantoi makan sekor-sekor. Punya la kedekut tak nak kongsi. Bukan mintak banyak pun. Dua tiga suap je. Tak luak la lauk tu. Biar la tu ko punya, ko punya suka la kan. Tapi yang aku punya ko plak terhegeh-hegeh macam orang bangang mintak suap. Geli kot. 

Kalau masa bahan membahan, member-member la nombor satu dalam list. Kadang-kadang aku tak kesah. Tapi kalau da hari-hari kena bahan, panas toqq. Hati gua bukan hati pembunuh bersiri. Hati ni bertaman der.

Banyak lagi la perangai sial member-member. Kalau nak list kan, memang sampai subuh la aku tak tido. Esok da la nak keje. Tapi, sesial sial adanya member, lagi sial bila takde member nak meneman aku. Aku sedih, sape nak tadah bahu. Aku ada problem, sape yang nak dengar pastu bagi nasihat bangang-bangang? Sape nak teman aku gi berjalan-jalan hujung minggu? Dah la takleh contact dah. Bangang betul sape bet macam tu. 

Susah der takde member yang boleh seia-sekata sekepala dalam semua hal. Nak kena cari satu nih. Bukan senang tapi tak mustahil seperti permata yang hilang bak kata Bad. 










p/s: aku tulis sial bukan bermaksud aku kasar, aku ni lembut orangnya persis Dee.



Tuesday, May 8, 2012

 tido la gemok!



Kalau aku ada problem, aku akan tido. Kalau boleh senyenyak-nyenyaknya. Berbekalkan muka iras babyface, aku try tido sekiut boleh. Lepas bangun, problem solved! Kalau tak setel gak, tido lagi. Orang kata, kalau nak setel masalah pape, nak cari ketenangan, buat solat sunat. Memang betul. Lepas buat tu, tido la. 

Ada kisahnya member aku masa asrama dulu. Hari tu semua pakat semangat nak balik cuti. Abis je kelas, terus meluru macam orang gila balik bilik kemas baju masuk beg. Kalau lambat, keretapi tinggal. Member-member dah tercegat depan bilik dia, kumpul nak gerak sekali. Dia ni duk mengah-mengah sumbat baju dalam beg. Keluar je bilik, raba bontot, wallet takde. Menggelabah la. Cari dalam loker, dalam bakul sume takde. Dah berpeluh-peluh dah dia ni cari wallet bagai nak rak. Tak jumpa jugak. Habis tempat dia korek. Sarung bantal, celah loker, dalam port simpan rokok, sume takde. Yela, bilik ngan sarang babi lebih kurang je. Member-member dah terketap-ketap dah kaki nak gerak tinggal dia. Dia wat ayat tacing suruh member-member tu gerak dulu, dia cakap tak larat nak cari dah. Taknak balik katanya. Mata dah merah menitis ayaq. Bila member-member cabut, dia terus lingkup atas katil. Tido. Bangun tido je terus dia angkat tilam. Tadaa. Wallet sial dia tu ada kat bawah tilam. Terus senyum, pada masa sama duk mencarut kat wallet tu.

Aku sampai sekarang terikut cara dia. Ada problem je tido. Gaduh ngan aweks, ngan member, tido. PSM yang macam gila babeng malas nak buat, aku tido. Takde idea nak buat design GOP, aku tido. Kadang-kadang aku macam berpikir dalam tido. Serius. Terbawak-bawak dalam tido. Semi-concious state kata omputih. Aku macam dapat ilham dalam tido. Poyo jek ayat. Tapi serius ini betul. Kalau tak dapat masa tido, lepas bangun tido. Bukan selalu, tapi banyak kali terjadi. 

Kalau duk pikir problem je, otak jadi lemau. Kalau tido, otak rest sikit. Lepas bangun tido, pemikiran jadi lebih rasional. Ko pun lebih tenang. Kadang-kadang tenang sangat sampai nak sambung tido lagi. Yang sindrom tu selalu gak aku buat. Tapi jangan la duk harap lepas bangun tido assignment siap. Pen gerak sendiri. Yang tu ayah pin namanya. Lepas tido, otak pun jadi cergas nak mengopy assignment orang lain. Laju gila tangan menulis. Einstein pun kalah.  









Rilek la toq. Jangan gelojoh sangat Baca doa dulu. Anti klimaks la lu.










Nite!




Monday, May 7, 2012

 riadah



Aku tak tau la aku keje kat sini sebab nak keje ke, sebab nak main. Plant aku ni da macam kompleks sukan da. Abih normal shift kul 6 je terus ada yang datang mereport diri kat section chief sebab nak report performance team masing-masing. Kalau bab keje, hmm, haram nak nampak barang idung. Bab tournament laju je. Camsial.

Si bos aku pun satu hal, abis normal shift, terus dia tutup report production, kepala otak teruih pikir pasal strategi nak menang tournament minggu depan. Mulut terkemam-kemam duk pot pet pasal masalah ada sorang mamat Vietnam ni tak dapat main pulak. Kusut katanya. Terpaksa la aku korek bakat ping-pong aku. 

 Ping-pong inter-plant hujung minggu ni start. Tournament bowling bulan depan. Pertandingan karaoke ala Malaysian Idol bulan satu lagi. Belum masuk mancing, badminton, futsal dan segala-gala jenis sukan lagi. Lepas inter-plant, gi inter-industry plak. Bukan wakil sekolah, wakil kilang. Gilak. 






Sunday, May 6, 2012

 berukband



Disebabkan aku forever alone kat Melakau ni, aku amik keputusan nak cari teman nak mengisi kekosongan di hati. Berkelana lah aku ke MP cari jalur lebar. Niat di hati nak pakai P1, tapi takde plak. Gi kat booth YES, promoter dia apek. Chiss. Tak mengancam la gini. Last-last aku usha booth Celcom depan YES. Aweks! Terus melekat situ. Borak punya la lama, baru decide nak daftar. Saje usha dulu. Nasib ada awek Sabah tu. Pelaris kedai tu. Pakai susuk ke apa.

Balik bilik dengan harapan menggunung nak cucuk broadband, tapi hampeh. Laptop aku buat hal. Lahanat. Saje je nak suh aku gi date ngan awek tu lagi. Sesudah subuh pagi esoknya aku terus gerak gi MP. Dah separuh jalan, aku teringat mana ada shopping complex bukak sebelum pukul 10. Bangang. Patah balik gi tidur. Tengah hari jugak aku sampai sana. Sampai sana, awek tu cakap broadband ni ok. Laptop yang tak ok. Balik pulak amik laptop.

5, 6 kali aku patah balik. Tapi takpe, awek tu punya pasal. Aku suka. Sudahnya, aku format laptop. Mampos pi ah. Broadband punya masalah, laptop yang jadi mangsa. Semua awek tu punya idea. Beruk!












p/s: pertaruhan tu betting bukan beating. haha.