Wednesday, August 31, 2011

 edisi raya kedua

hahahahahahahahahaha

Hari ni aku gila blog. Tak pernah-pernah aku post 2,3 entri sehari. Hari ni semangat lebih. Semangat merdeka kot. Tengah hari tadi lepak kat umah Afif. Dia ajak beraya kat rumah dia. Dah bosan sangat, aku wat muka tak malu la pergi rumah dia. Layan mee sup 2,3 mangkok. Biskut raya satu tupperware abis aku telan. Dah rupa orang kebulur tak makan nasi 2 hari. Memang aku dah dua hari tak makan nasi. Cekik biskut raya ngan ketupat je dari semalam. Malam ni nekad nak baham nasi. Kosong je perut ni. Haha.


minah bunga ni nama Afif.

 Edward Cullen mulut puaka

Satu hari di kedai kopi...





Edward Cullen: Dude, awek ko tak lawa la wei. Hidung dia senget. Mata dia stim je aku tengok. Minah gian ke apa? Macam mana la ko boleh pandang dia lawa. Haish. Taste apa la ko ni. Haha (gelak macam setan, perangai macam gampang)

Aku: Ek? Abis yang ko sibuk tu pehal nak tilik muka dia cari cacat cela dia?

Edward Cullen: Takda la bro. Aku pelik ngan ko ni. Taste entah pa pe la ko ni. Mulut dia aku tengok herot semacam je. Suka ngumpat eh? Seriously, dia tak padan la ngan lu bhai. Haha (sambung gelak lagi macam setan baru lepas kena rantai)

Aku: Alaa bro. Lu kecoh la. Look, I don't care if people say she is not good enough for me and I also don't give shit if others told me she is not comel or whatsoever. I'm not kacak either. Gua ada cermin kat rumah. Gua tilik hari-hari kot. Gua tak rasa pun gua hensem macam Donald Trump. Yes, it's true she is not comel like Lisa. So what? Is pretty the only things that matters now? Is woman with 34-24-34 cutting is your top priority? What the f man. You must be completely out of your f-ing mind brah! Bukannya ko yang nak ngadap muka dia hari-hari lepas kawen. It's not you who pay her mahar. It's not you who want to be with her every second of your life.

Edward Cullen: Chill la bro. Jangan emo sangat. Minum dulu. Haha (gelakan dia da makin tak setan. takut kot)

Aku: Arghh. Jangan kacau aku nak ceramah ko ni. Right, it's true. Beauty is one of the reason people choose someone to spend rest of their life with. Me myself pun ada perasaan nak bini lawa, cutting baek punye. Tapi ukur baju badan sendiri la. Jangan sampai baju dah siap tapi labuh sampai ke lantai. Tak boleh buat beraya nanti. Ye dak? Kalau semua makhluk kat muka bumi ni hanya nak sapu yang dahi licin je, abes yang dahi tak berapa nak licin tu nak campak kat mana? Sorry to say la bro. Sebab tu kalau dah ada jodoh, tak kira la pasangan ko tu muka senget ke, dahi luas macam runway kapal terbang ke, ko mesti terima punya. Hati da sayang, da berbunga-bunga. Ko tau jodoh tu apa?

Edward Cullen: Tak tahu. Pe menda tu? (sambil geleng kepala tertunduk-tunduk)

Aku: Ape punya sengal la ko ni. Orang bukit ke apa? Balik nanti cari dalam kamus. Back to the topic. Asalkan perempuan tu pandai jaga hati, boleh jaga makan minum, solehah, buruk macam mana pun pasangan ko tu, ko akan tetap rasa lapang. Ni tak, muka lawa kalahkan artis. Bedak tebal empat inci. Pakai baju tak pernah cukup kain, tapi tang perangai, hancuss. Tengok hari-hari rasa macam nak lempang je. Sekali lempang, berdebu lantai dengan bedak dia tu. Mas kahwin nak berbelas-belas ribu. Hantaran 2,3 ribu tiap-tiap dulang. Wedding kalau tak buat kat hotel, tak sah. Dewan sivik ni tak main la katanya. Kalau nak wat kat dewan orang ramai, hmm, alamatnya tak naik pelamin la ko. Tapi nak potong bawang pun terkial-kial macam be..

Edward Cullen: Sori kacau bro, air dah abis la. Ane, teh tarik kaw satu!

Aku: Takde adab punya pontianak. Potong stim tol la. Tak patut bro bini macam tu. Tak padan ngan mas kahwin. Biar la buruk dimata kau pun, tapi dimata aku dialah yang terbaik. Dah dia pilihan aku, suka hati aku la. Yang ko nak sibuk ni pehal? So, if you wanna say something, itu tak kena, ini tak kena, hidung dia kemek la, pipi dia kembang macam gula-gula kapas la, I suggest, get lost. Pergi cermin diri ko tu dulu. Ko pun bukan hensem sangat. Gigi ada siong. Macam pontianak dah aku tengok. Bella ko pun sama je ngan ko. Ngerti?

Edward Cullen: Fuhh. Gila panjang ceramah ko kan. Tersengguk-sengguk aku dengar. Nyesal aku kutuk awek ko. Haha (gelak dengan penuh kewarasan)

Aku: Hmm. Baru ko taw seksa dengar aku ceramah. Padan muka ko.





p/s: ni kalau someday ada mangkok kutuk bini aku, macam ni la jawapan aku. ahahahaha

 apa erti kemerdekaan?


Salam 1 Malaysia y'all


Menda ni da lama aku wonder
Aku nak tanya hang la, apa erti kemerdekaan sebenarnya?
Adakah bila tiba hari kemerdekaan kita duk laung-laung sampai terkeluar anak tekak, tu erti merdeka sebenarnya?
Adakah kita rasa merdeka hanya pada laungan semata-mata?
Adakah merdeka tu hanya dirasai bila tiba tarikh keramat 31 Ogos?
Adakah erti merdeka tu hanya pergi Dataran Merdeka layan konsert ambang merdeka sebelum tunggu bunga api pum pam pum pam?
Adakah dengan berpanas berhujan berbaris kat dataran tiap tahun dikira berjiwa merdeka?
Adakah merdeka tu hanya dirasai bila kita tengok iklan merdeka Petronas karya Yasmin Ahmad?
Adakah kita rasa kita ni seorang warga yang sangat patriotik hanya dengan sanggup beratur berjam-jam untuk masuk stadium menyokong Harimau Malaya?
Adakah kita ni act like we are independant enough?
Adakah minda kita sudah cukup terbuka dan merdeka?

Yes, betul. Secara harfiahnya, negara kita sudah merdeka. Tapi adakah pemikiran dan perlakuan isi negara ini menunjukkan kita sudah merdeka? That is one thing that we need to change. Seriously. We need to think, we need to analyse, and then digest it. Don't just sebat je apa yang dihidangkan untuk kita. Do some study. Jangan alpa. This is Malaysia. Live it, love it. Our country's rise and fall depends on us. Assalamualaikum.


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ke-54!







p/s: this is not political incitement. please do some reflection. only moron with short thinking will think this is politic. back off.

 edisi malam raya pertama

Nothing much happen. There is no fireworks or whatsoever. Lepak at McD Teluk Chempedak. Pekena double GCB sebagai ganti ketupat and rendang. Layan fireworks unofficial show. Just cruising in Din's 7-series around Kuantan (jadi sakai jap, haha). Pusing-pusing cari tempat best nak lepak in future. Nasib baik Din ada. Very nice la mamat ni bawak kami gi jalan-jalan cari port best kat Kuantan.

Lepak-ing at Coffee Street with his bestfriend's family. Pak long, pak ngah, pak su. Old guys, young souls. Easy going. Padahal tak kenal before this. Tapi we can hang out and chit chatting like old friends. Nice! Bila cerita kedai kopi da buka, takde sape yang nak stop. There'll always be topic to talk about. Pot-pet pot-pet, dah pukul 2. Masing-masing beransur la pulang. What a night! Not really wild night but to know and hangout with such people with another background in field of work is really open-up my mind. Very berilmiah.




Tuesday, August 30, 2011

 edisi pagi raya

Dah banyak kali dah aku rasa tulis pasal raya ni. Pasal raya, pasal malam raya la. Tapi aku peduli apa. Blog aku. Suka hati la aku nak tulis apa kan. Haha. Sebenarnya aku bosan. Sedih tak dapat balik beraya takde la sangat. Tapi aku bosan gila duk kat tempat ni. Celik-celik mata pepagi raya, bukak pintu nak hirup udara segar, apa yang aku dapat tengok hanya kren-kren bersusun parking sebelah kontena belakang ofis. Depan ofis plak, parking yang dulunya penuh sesak dengan kereta pekerja-pekerja sekarang ni sunyi sepi, ada la 2,3 bijik kete orang puteh yang tak cuti. Kalau aku pandai main drift, dah lama aku gi layan drift sedas dua kat parking tu.

Dah la baju raya tahun ni tak bawak. Nasib baik ada bawa baju melayu tahun lepas. Songkok pun takde gak. Safety helmet la jadi ganti songkok aku tahun ni. Haha. Kasut raya pun tak bawak gak. Safety boot yang high cut tu la yang bakal jadi mangsa. Nasib baik company bagi kete sebijik nak bawak gi bejalan. Aku tak kira, kete tu aku nak bawak gi beraya rata-rata. Rage!

So, sekarang ni aku buntu nak buat apa. SSedihh (sebut macam adi putra buat dalam KL Gangster). Komputer oh komputer. Come to papa bebeh.






ni member keje aku. nama dia akhmal.

Monday, August 29, 2011

 edisi malam raya


29 Ogos 2011

Lemang? Ketupat? Dodol? Mercun? Bunga api?

Mana pergi semua benda alah tu pergi? Ya. Kat umah aku tak pernah bakar lemang. Ya. Aku tak pernah anyam ketupat. Apatah lagi kacau dodol. Tapi bab mercun ngan bunga api tu aku selalu sentuh. Mercun, bunga api tu dah macam sprocket ngan mudguard dah dalam hidup aku. Mana pergi semua tu malam ni? Arghh. Aku tak boleh terima.

Malam raya tahun-tahun lepas, kalau tak touch-up rumah, mesti kena goreng kacang nak buat kuah kacang nasi impit. Takpun pergi kedai beli apa yang patut. Tapi malam ni, aku nak touch-up pe jadah nye dalam ofis ni. Tak ke hangin bos aku kalau dia tengok aku letak langsir lip lap lip lap? Entah-entah pengsan orang tua tu kalau tengok ada pelita keliling ofis. Mesti orang putih pejabat sebelah cakap aku gila sewel kalau tengok aku lari-lari keliling parking depan ofis pusing-pusing bunga api kat tangan. Silap-silap dia bawak ngadap safety department sebab main menda letup-letup. Takde atmosphere raya langsung sekarang ni. Shit.

Pagi raya tahun-tahun lepas celik je mata lepas subuh gajah, pergi mengadap ke bawah duli ma ngan abah aku. Salam-salam, mintak-mintak maaf, peluk-peluk sikit, pastu ambil gambar famili. Lepas setel semua tu baru pergi solat raya. Tapi tahun ni, entah pergi entah tidak sembahyang raya. Bangun pagi pun belum tentu. Hanya aku ngan colleague sepejabat je. Tu pun kena stay kat pejabat. Sepatutnya aku masuk ofis kul 8.30, tapi esok aku nekad, pukul 11 baru aku nak masuk ofis. Memberontak. Sape suh tak bagi aku cuti. Pak guard pon cuti bos. Damn.

Yang ada sekarang ni hanya mercun bawang je. Bawang pun bawang la. Syukur la apa yang ada ye dok? Sigh*







Sunday, August 28, 2011

 renungan buat remaja




Entri yang sangat, sangat, sangat bagus. Amaran: Bahasa penulisan dalam blog tu mungkin berbaur lucah. But, trust me everyone, it is the bold truth! Sekadar perkongsian ilmu sebagai peringatan, peringatan dan pedoman untuk aku, korang dan sesiapa sahaja yang singgah. Semoga kita dapat manfaat daripada perkongsia ni dan ubah apa yang patut kita ubah. Insyaallah. Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Kredit to blog Kereta Mayat.




p/s: enti tu sangat la panjang. So, baca la slow-slow. Hayati kandungannya. Pelan-pelan kayuh der.

Saturday, August 27, 2011

 raya

Bukak je fb, tengok status member-member pasal raya. Bukak twitter, pun pasal raya. Raya, raya, raya. Sume duk potpet pasal raya la, biskut raya la, jem la. Macam-macam. Dalam blog pun cite pasal raya. Dah bape hari duk dengar lagu raya. Bernanah dah telinga aku ni. Orang len duk sibuk kemas barang nak balik beraya.

Tapi aku? Nah. Tak layan menda-menda camni. Tak amik port pasal biskut, kuih raya bagai. Tak peduli pasal baju raya bape pasang, seluar jean bape helai aku beli. Macam dak kecik je semua tu. Aku ni da besar. Bukan budak-budak lagi. Ye dak?

Cheh. Padahal takleh beraya kat umah. Blah la. Tak amik port pasal sume menda tu konon. Pigidah. Padan muka sendiri kena raya kat tempat orang. Boo!




Amaran: Jangan sape sebut pasal raya depan aku kalau taknak tapak kasut melekat kat perut! Damn. Fullstop.













p/s: time kat UTM setiap tahun sebelum raya, mesti gi cari jeans ngan Zes kat CS. Fuhh. Memori daun pisang sungguh

Sunday, August 21, 2011

 Ramadhan dulu-dulu lagi

Continued..

Dulu pas abis je terawih ada moreh kat surau. Tapi aku ngan abang aku tak layan sangat moreh, maklum la masa kecik bukan nya pikir sangat pasal nak melantak kuih muih ni. Turun surau je kitorang standby dalam semak nak menyakat orang balik dari surau. Ada sekali tu salah sakat. Pi sakat atuk aku. Pe lagi, kena luku la kepala tu. Padan ngan muka.

Oleh sebab kampung aku ada banyak sawah, kalau hujan kadang-kadang tu ada la ikan haruan melompat atas tebing. Kalau nasib baik sampai atas jalan pun ada. On the way balik umah dari surau pas terawih, dapat la cekup ikan haruan sekor dua atas jalan. Suluh je kat air, terus nampak ikan. Apa lagi, terjun la dalam sawah tangkap ikan. Kain pelikat entah melayang kemana. Haha.

Sahur la aku paling liat sekali nak bangun. Nak bukak kelopak mata tu ibarat berkampit-kampit beras yang melekat kat mata ni. Ayat cite Adnan Sempit. Kadang-kadang aku pass macam tu je. Rela berlapar taknak makan darpada kena bangun sahur. Puas mak bapak aku kejut. Tak nak bangun gak. Kalau aku tengok cite upin-ipin mesti aku tersenyum sekor-sekor. "Eh, cam sama je". Sentak benak aku.

Kalau siang keje aku tak terbungkang atas katil je. Seingat aku la kan, zaman aku kecik-kecik dulu biasanya bulan puasa time hujung tahun. Time tu cuti sekolah. Buat biskut la yang paling syok sekali. Ye la, gather adik-beradik sama ngan mak aku buat biskut. Walaupun mula-mula tu rasa macam kena paksa buat semua menda tu, tapi lama-lama jadi best lak main gulung-gulung tat. Ingat lagi, mak aku buat satu buku log besar resipi biskut ngan kuih raya.

Biskut raya yang wajib dalam famili aku tak lain tak bukan mesti la tat nenas, almond london ngan cornflakes madu. Biasanya cornflakes madu la yang paling laku. Manis. Kalau tat gulung, abang aku la yang paling suka. Kalau masa gulung tat tu, dia sengaja letak jem nenas banyak-banyak pastu asingkan yang dia buat. Special dia kata. Macam-macam

Sekarang ni dah tak berapa nak buat biskut. Main tunjuk je. Tak best. Biskut buatan sendiri gak paling best. Suka ati ko nak buat bentuk macam mana pun. Cornflakes tu suka hati ko nak letak banyak mana pun. Letak sekotak cornflakes atas satu cup pun takpe. Tapi lepas tu konfem bertelur dahi ko kena luku ngan mak ko. Hahaha









p/s: since 10 August, aku tak jamah apatah lagi makan makanan mak aku. Ni la nasib hidup perantauan. Bak kata Jai, ssedihhh

 Ramadhan dulu-dulu

Assalamualaikum...

Kenangan memori ramadhan tahun lepas segar lagi dalam kepala otak aku ni. Ingat lagi saat-saat buka puasa sambil ber-barbeque dengan member SSZ atas balai cerap tahun lepas. Dua tahun lepas, masa ramadhan, semua member aku dah balik. Capt, Amil, dak laki kelas aku semua dah blah balik kampung. Tinggal aku dengan Zes je menghabiskan sisa-sisa ramadhan terakhir tahun tu kat UTM. Aku ingat lagi masa tu hanya aku dengan dia je yang ada. Kitorang beli makanan, kuih banyak-banyak pastu bukak puasa berdua je kat bilik. Sadis gila. Zes pulak buat syahdu sebab tinggal berdua je. Tiga tahun dulu, bilik Capt la jadi port kami buka puasa. Makan ramai-ramai. Lepak sama-sama.

Banyak yang kami lalui sama-sama. Bila masing-masing pokai, mula la kitorang berjinak-jinak pergi buka puasa kat masjid. Ada iftar kat sana. Masa pergi terawih naik satu moto tiga orang. Memang tak betul time tu. Kepala masuk air. Bengong. Ada sekali tu kitorang main mercun kat blok pastu ada cina ni pergi bilik sound kitorang. Senyap kejap. Pastu hingaq balik. Gampang sekor-sekor.

Masa kecik-kecik dulu puasa ada upah. Kalau puasa penuh satu hari dapat seringgit. Puasa setengah hari dapat upah separuh je. Cukup bulan pakat kira la bape upah yang dapat. Aku, abang, kakak. Tengok siapa yang puasa penuh.

Time terawih paling syiok. Jalan kaki pergi surau kat kampung aku. Takpun naik beskal ngan abang aku. Kalau tak naik moto ngan bapak aku. Kat kampung aku jalan gelap gila. Lampu jalan mana ada time tu. Tak nampak pe pon. Lampu suluh tak bawak. Redah je la. Menggagau-gagau nak jalan. Ada sekali tu hampir jatuh dalam alor lagi.

Kat surau aku duk belakang sekali ngan member-member bangang aku. Belakang tak belakang sangat la sebab saf pun ada dua je. Time takbir kitorang jerit la kuat-kuat. Time semayang agak-agak imam dah nak rukuk baru bangun angkat takbir. Cam haram perangai. Sikit-sikit turun pergi ambik air sembahyang. Padahal nak pi cucuh mercun papan sedas. Pastu berlari naik atas surau.

Letih la nak tulis pasal ramadhan zaman kiut dulu. Banyak sangat memori. Nanti la kalau aku rajin aku tulis la lagi. Babai. Assalamualaikum.




Thursday, August 11, 2011

 untitled #2

Salam Ramadhan y'all. Setelah sekian lama aku tak bukak blog hampeh ni, sekarang baru aku tatap balik blog ni. Bersiaran dari Putrajaya. Sebab apa? Sebab ada mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon kat kawasan rumah aku. So, line streamyx kat umah tak dapat la. Terpaksa la fly gi Putrajaya semata-mata nak update menda picisan ni. Bangang. Hidup menyusahkan orang. Kecik-kecik taknak mampos. Tup-tup bila da besar tangan tu gatal nak curi kabel.

Aku nak cadangkan kat TM supaya kabel tepon tu letak excess current. Bila ada je mat-mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon tu terus kena shock. Agak-agak berbuih mulut. Bulan puasa camni pon nak buat dosa gak. Orang lain sibuk gi terawih, dia wat sial. Pergi sambung belajar wiring ke. Sambung master, phd ke. Ada gak pekdah. Damn!




Monday, August 1, 2011

 untitled #1

hngghhhhhh


Ada dengar cite tak pasal Khairul Fahmi da putus tunang? Mesti ada an. Dalam blog berlambak orang duk tulis pasal menda tu. Apek ada pompuan lain la. Curang la. Gampang! Biar la dia nak putus tunang ke, kawen lain ke. Dia tu atlit. Bukannya selebriti. Memang la dia tu public figure, famous, tapi personal life dia, biar la dia sendiri handle. Aku rasa la menda ni jadi pun sebab awek dia jugak. Sebok duk jaja cerita pasal dia ngan Apek dalam blog. Nak suh satu malaysia tau yang dia ni awek Khairul Fahmi? Like shit. Kalau awek-awek aku duk jaja cite dalam blog pasal kitorang konfem aku jadi rimas. Macam dia sorang je couple. Geli jek.



" Hari ni aku pegi beli aiskrim polypong kat kedai makcik esah ngan si dea. Wee. Sukenya"



Bila da jadi macam ni, dah keluar cite macam-macam, mula la start tuduh menuduh. Dia ni jahat la. Main kayu tiga la. Curang la. Satu malaysia da taw putus tunang. Tu la dulu sibuk duk cite dalam blog suh orang taw kisah cinta perfect korang. Sekarang orang pulak duk cite pasal korang dalam blog . Pastu orang duk ngate kat belakang. Biasa la. Meleis! Aku bukannya nak salahkan si Elia tu, tapi cara dia sebelum ni nampak sangat kegedikannya tu. Kalau dah jodoh diorang takde nak wat camne. Curang tak curang. Pintu gol jangan bolos sudah. Haha.







p/s: bak kata nothingzorro: rahsiakan pertunangan, hebahkan kematian.

 happy fasting!



selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.