Saturday, December 31, 2011

 sorotan 2011

2011. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Cepat berlalu. Macam tak nyempat nak tunggu aku yang lembap dalam bab kejar mengejar ni.

Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

Tahun yang 1001 makna dalam hidup aku.

Januari : Entah den dah lupa pe yang terjadi. Konkusi teruk bulan 1 sampai blackout semua ingatan. Wakaka

Februari : Trip ke Korea. Blog ni diberanakkan.

Mac : Train trip + wedding kakak aku. Thanks Nina, Capt & Ain.

April : Tanjung Balau revisit. Naik basikal keliling UTM dari pukul 2 sampai 11. Keje gila ngan nina & timok masa study week.

Mei : Menghabiskan sisa sisa terakhir nak hadap final exam and viva PSM.

Jun : Dream came true. MASUM 2011. Korang memang terbaek!

Julai : Hibernate di rumah. Menghabiskan bekalan makanan untuk setahun. Kesannya; jadi snorlex. Perhentian and Kenyir trip.

Ogos : Lapor diri kerja. Bermulalah sengsara berpanjangan.

September : Raya di perantauan. Gua konvo dowh!

Oktober : Nothing interesting. Rot at Gebeng. Spend my days dengan blog.

November : Reunion (?) kat UTM. Teringat kat depa. 1001 faces of SSZians.

Disember : Here I am. Masih dipanjangkan umur. Banyak menghabiskan masa di Putrajaya, Bangi dan Kajang.

2011 gonna end. Gonna stop what I should stop.

2012, I welcome you with hugs and kisses. Be nice to me eh.

BTW, ni post ke 150. Hahaha

 kolaj




guna Photovisi

Thursday, December 29, 2011

 sangap

Sekarang ni aku dah jarang keluar. Last keluar masa kononnya nak tengok Sherlock Holmes 2 tapi haghamm. Dengan ke-lembap-an member aku sorang tuh, tak jumpa jalan la, takut hantu la bagai, semua tu jadi faktor terlepasnya Sherlock Holmes 2 yang aku dah booking. Nasib baik aku cool macam Jude Law. Alih-alih gi melawat nenek aku kat Beranang. Makin muda dia sekarang. Haha.

Kawasan sekitar tu famili dia cakap nogoghi. Aku sepatah dua boleh tangkap lagi. Tapi kalau dah berjela-jela, masak gak nak interperet satu-satu. Nasib ada translator. Dapat sebat nasi sambal ikan semilang+sayur labu (eh?). Mekasih mak ngan wan Iju sebab bagi langsat ngan rambutan jadi bekal dalam wayang ganti popcorn. Hampir-hampir kena 'manjet' aitu. Gasak. Rabak jugak pohon langsat kalau betul-betul aku naik.

Aku heran la hari tu masa nak beli tiket wayang. Apesal citer Ombak Rindu penuh lagi? Padahal dah 3 minggu kot. Apa sangap benor nak tengok Aaron Aziz. Tak nyempat nak tunggu free download. Alah, piracy konon free download. Yang cakap tu jugak la champion mendownload dalam ddmf. Kalau malas download, tunggu la raya tahun depan. Konpem ada. Kalau bukan tv1, tv2, tv3, sah-sah astro tayang. Realiti filem melayu. Baek tengok Asmara Pontianak K-Pop. Lagi best. Pppppaaritt Jawa.

Dah takde citer lain, Songlap yang jadi pilihan. Ape punya filem la. Haram tak thrill-kan tekak aku. Nak penampo ada la si Ad tu. Entah pape. Lepas ni, repeat Sherlock Holmes 2. Tak kira.









p/s: nina, ko mesti jeles kan? ahahahaha

Wednesday, December 28, 2011

 rabu rabak : evoque




china pro-copycat please make this one for me. lol

Tuesday, December 27, 2011

 MU sapo?

A win is a win!



Aku tak kesah astro kena potong. Kedai mamak ada. Aku tak kesah ramai duk ngata setan merah kena lauk ngan The Blues. Sekali sekala jadi lauk pe salahnya. Biasanya geng-geng yang duk ngata, adu domba, caci maki tu semua kipas team yang susah nak menang ngan si setan merah ni. Kadang-kadang jadi jajan gak. 8-2, 3-1. Bukan dapat menang liga pun. Tapi duk pong pang tak puas hati ngan MU. Main tak best la. Strategi tak menarik la. Percaturan tak betul la. Menang jugak. Team lain? Malas eh nak cakap. Hedih. Bukan nak pandang rendah. Hakikat. Main lawa, team power, player semua jambu, tapi kalau kalah memanjang, baik sokong FC Otelul Galati. Lagi jambu. Heh.

Dah. 5-0 je?





Nicholas Cage




Tuesday, December 20, 2011

 tolol


Serius gua rasa bangang. Nak demonstrasi, nak tunjuk perasaan bahkan nak berak tepi jalan ramai-ramai sekalipun gua tak amik port. Tapi lu orang wat demo tak menunjukkan lu orang terpelajar. Pergi wat turun bendera najib pe jadahnya. Memang la tak berak kencing atas bendera tu. Kawasan dia. Biarlah dia nak gantung bendera muka dia pun. Kalau dia nak gantung bra bini dia pon apa ko kesah. Macam pergi rumah orang pastu buang baju tuan rumah kat ampaian, sangkut baju ko. Dah kering letak balik. Gitu?

Mamat yang cakap lebat dalam video pon dua tiga kali tolol gak. Yang ko melebih nak ugut, ludah bagai tu ngape? Macam gud gud je. Kononnya hero pujaan malaya la tu. Kononnya da jadi macam Roy la? Bajet semua orang tabik spring la. Tak ubah macam anjing menyalak sakit gigi. Butthurt ka? Simpan la air liur tu. Takyah nak ludah sangat la. Bos lu tak berapa pandang la. Buat aku geli hati je.

Masing-masing da besar. Yang terpelajar buat la cara terpelajar. Guna saluran yang sesuai. Biar orang respek lu, jangan sampai orang suspek lu. Yang tak berapa nak terpelajar, bawak-bawak la belajar. Jangan sembur sana sini. Orang tak nampak lu macam hero, orang nampak lu bagero. Masa PRU nanti kita sama-sama pangkah yang kita pilih kay. Toksah la bising-bising dalam video. Malu..



Friday, December 16, 2011

 postulate dea the great

Semalam aku lepak ngan member aku si Wan kat Putrajaya. Tengah kencang menyembang, dia bukak citer pasal bos dia bagi soalan fizik kat dia. Al maklumla Bachelor of Science(Pure Physics). Yang sedihnya dia cakap dia tak dapat jawab, padahal soalan mudah je. Dia cakap la mudah, mana tau dia gebang je lebih kan. Awal tu aku tergelak la sebab pe jadahnya keje kat KKM pastu bos bagi soalan fizik.

Pastu aku keawangan. Kita dah belajar tapi kenapa by the time habis belajar macam susah nak apply menda tu kat life? Belajar dah tinggi gila babeng. Tak rasa rugi ke? Ilmu masa kecik, comel, montel, dapat pulak ingat sampai la ni kan. Sebab kita memang selalu guna dan apply menda tu. A,b,c, 1,2,3, tambah tolak darab bahagi semua tu small the pieces je. Ada ke persamaan Schrödinger orang guna as daily basis? Pergi kedai mamak, sembang pasal operator Hermitian. Gila salute ah!

Tak payah tipu la cakap ko ada buat. Melainkan masa tu lagi 2,3 jam nak exam pastu ko lapar macam gampang pastu pergi cekik kat kedai mamak. Tangan kanan suap nasi, tangan kiri pegang nota. Aku tak tau la orang lain, tapi aku belajar memang untuk lulus exam, dapat cari kerja, duit masuk poket. Sebab tu aku benak kalau nak ingat and guna balik beberapa benda yang aku dah belajar. Masa tengah panas-panas belajar pun berair mata nak jawab EM, sekarang ni, huh, sorry to say la. Memang out.

Sedangkan mengaji Al-Quran pun kalau dah lama tinggal boleh buat keras lidah nak baca, ni kan pula ilmu duniawi. Bukan benda je boleh berkarat beb. Postulat aku, sekarang ni ramai yang belajar bukan sebab nakkan ilmu tapi lebih kepada mengejar kelangsungan dan kesenangan hidup. Certain people don't.





 merah

Merah. Mata gua merah. Mengantuk. Gara-gara kekurangan ilmu navigasi Putrajaya-Nilai. Lantas jadual tidur gua teranjak. Sampai office muka sangap nak tido dah ketara. Dalam kepala otak gua, nak sambung tidur dalam surau. Gua punch card dulu. Ketapp. Gua pandang kad ketip, 8.53. Kad gua merah sial. Kena menghadap bos pulak. Harap-harap dia tak pakai pape yang kaler merah. Kalau tak memang kat situ jugak aku tabuh dia.










p/s: hangin ngan ICT. semua site dia nak blok. aku nak dengar live streaming radio pun sangkut, sahkan fb.

Wednesday, December 14, 2011

 rabu rabak : mak mah trolled!



LOL



source: 9gag.com

 nostalgia

Happy Ending. Best siak!






Kenangan zaman belajar. Fuhh. Terkinja-kinja macam beruk kalau teringat. Tersengih sorang-sorang dibuatnya bila tengok balik gambar-gambar lama. Kiut. Comel. Montel. Gebu. Zaman sekolah rendah serius kabur kenangan. Tak berapa nak ingat. Maklumla, kepala ikan, semut semua dah jadi menu harian aku. Benak sebenak-benaknya.

Kalau ingat pun yang kelat-kelat je la. Kena penampar dengan cikgu disiplin a.k.a. mak gua. Bertumbuk dengan member kelas dalam kelas sebab dia lukis anu kat sticker Micheal Owen atas pencil box aku. Panas wo. Sticker kesayangan tu. Cumbu betul. Balasannya kena rotan dengan cikgu disiplin a.k.a. mak aku lagi. Berbirat pungkoq aku, berbelang tiga. Sarjan. Kena cubit cuping sampai berdarah sebab bising dalam kelas. Yang tu aku paling bengang sekali. Tengah syok duk lawan tepuk kad atas meja, tiba-tiba cuping telinga aku panas. Ingatkan ada orang duk mengata aku kat sebelah. Panas je. Rupa-rupanya cikgu BI aku duk gentel-gentel cuping aku. Tak semena-mena cecair merah terpancut-pancut keluar.

Tapi takde yang paling kelat melainkan bila aku kena baca doa start perhimpunan hari Ahad. Pergh. Dia punya goyang wa cakap lu, first time baca, gigil lutut ni. Nak sunat pun tak goyang macam ni. Masa sunat gua steady. Biasa la setakat air mutlak keluar setitik dua. Padahal doa tu dalam bahasa ibunda kot. Bahasa Melayu. Ustaz aku da setting awal-awal bagi doa paling simple, dalam BM. Tapi dah gua ni jahil ngalahkan Jamil, tunggang langgang baca. Lepas tu, bila dah biasa, steady je la. Mata sebelah tutup, sebelah lagi usha awek kelas hujung.

Lagu paling makan dalam masa sekolah rendah, lagu kumpulan Baji. A.I.A. Sampai sekarang syahdu lagu tu masih sangkut kat sanubari aku. Zaman main titik, main tikam, main tiang, main pepsikola, zaman makan mamee dalam kelas fardhu 'ain, dah lama lepas. Tapi period of time tu la yang bentuk aku jadi orang bukan setang. Segala penampar, kutilan, sebatan yang hinggap kat badan aku ni, semua dah aku rasa. Sakit wo. Tobat takmo eh kalo kena sekali lagi.

Wednesday, December 7, 2011

 rabu rabak : the spear and the kerambit

 Review: Misteri Jalan Lama



Satu lagi filem yang aku rasa oh shit sangat-sangat. Tapi aku tabik kat bro Afdlin sebab berani mencuba sesuatu yang baru. Berani mencuba tak bermakna hasilnya terbaek.

Awal-awal tengok rasa macam menarik jugak la. Tapi bila start je keluar cgi, terus fuu. Hampeh. Upin-ipin lagi real. Yang bertambah spoil bila Nasir Bilal Khan keluar pakai baju zirah yang nyata mcam plastik dan berseluar fit kaler emas. Defak? Lawak woi. Tangan encik Nasir jadi besar bila pakai baju zirah tu ala-ala Zul Yahya dalam Pepaya.Dah la lagi besar daripada peha.Masa Harak kena pukul ngan Indra pun gila sial lawak. Nampak sangat Afdlin dalam kostum Harak sebab kena tarik pun tersekat-sekat.

Scene Illya jadi raja bunian lagi sial. Teringat kat cite Power Rangers. Sebijik. Que Haidar dan Hans Isaac memang tak payah cakap la. Diorang pelakon senior. Konfem-konfem la tahap lakonan superb. Scene Marion Caunter dengan Que masa malam pertama alam bunian menarik gak la. Aku rasa tu je kot yang misterinya. Nam Ron, memang aku minat sejak tengok citer Gaduh lagi. Dia jadi gengster yang gila stailo. Hang wat ghopla jingga noh.

Barisan pelakon semua superb. Tapi sayang, suntingan, kesan spesial dan CGI memang cam taik. Filem ni sebaris dengan Magika dan Sucker Punch yang mampu membuatkan aku tido dalam panggung. Konklusinya, filem ni tidak memberi impak seram pada aku tapi, berjaya membuatkan aku gelak dekah-dekah dari awal cite sampai keluar jalan ke kereta. Aku suggest kepada sesiapa yang baru putus cinta, yang frust, yang tengah tension, supaya tengok cite ni. Hilang stress. Jangan pergi tengok Ombak Rindu. Bertambah stress nanti. Haha.

Tuesday, December 6, 2011

 jiwa kacau


Kadang-kadang aku terfikir. Tersedar. Adakah betul apa yang aku buat sekarang? Adakah benar style hidup aku sekarang? Apa yang aku betul-betul butuhkan? Banyak sangat ke perubhan aku sekarang? Banyak mana transformasi aku? Jauh mana aku tersimpang? Dalam mana aku tenggelam, lagha dalam hayat aku? Air yang aku tertelan dah tak terlarat aku nak muntahkan. Lemas. Kondisi aku limapuluhlimapuluh. Antara keseronokan mengocak arus deras dunia yang sementara sifatnya dan kemurungan memikirkan nasib di hayat mendatang. Cuak.

Hidup hanya sekali, kata kawanku. Enjoy puas-puas. Buat apa yang nak buat. Manjakan diri selagi nyawa dikandung badan katanya. Ya, aku akui hidup memang sekali. Mati pun sekali. Bukan berkali-kali. Tidak sama sekali. Nikmat dunia dah bermacam-macam dirasai. Rezeki, alhamdulillah sihat walafiat tak pernah kering kelaparan seperti pelarian. Kawan, semua mengasyikkan. Famili, aku taknak famili lain. Aku syukur pada mulut semua nikmat tu. Alhamdulillah. Tapi secara batiniah, perbuatan, amalan aku, adakah seperti orang yang betul-betul bersyukur? Aku tak tahu.

Sudah 2 dekad 5 bulan 7 hari aku sedut oksigen, karsinogen, radon, thoron. Percuma. Macam-macam aku buat, aku rasa dalam tempoh tersebut. Baik, buruk, semua ada. Dosa tak tertanggung tulang belikat. Pahala, entah la. Tak kira. Andai ajal aku sampai, bila tiba saat ketua audit mengaudit akaun dosa pahala aku, entah simpanan yang mana lebih berat. Kiri atau kanan. Serius aku harap belah kanan. Tiada makhluk berharap dicampak hina ke dalam Jahannam. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha bahkan agama-agama lain semua mengharapkan eternal life di dalam syurga.




Amalan masing-masing. Sendiri mau ingat. Tanah bercucuk tanam sudah diberi tuan tanah. Terpulang pada si hamba, menjalankan amanah mengusahakan tanah pinjaman sesubur-sesuburnya. Jangan sampai menderhaka tuan tanah dengan bercucuk tanam di tanah lain. Nahas jawabnya. Tanah lain dijaga rapi, tanah yang hak dibiar kontang. Kejam namanya.

Kenapa aku emo hari ini? Aku tersedar. Tu sahaja jawapannya. Tuhan tidak memanjangkan mimpi manis duniawu aku. Alhamdulillah. Dimana lagi aku perlu mengadu? Muka buku? Blog? Tidak. Mereka hanya wahana muhasabah diri aku dengan harapan suatu hari nanti aku dapat mengimbas kembali kenangan pahit manis hidup. Mereka tak berguna. Hanya kepada yang satu sahaja aku wajib menyerahkan jiwa raga. Yang Maha Esa.

Aku boleh memberi nasihat, buah fikiran kepada orang lain. Malangnya, aku liat nak buat apa yang aku paculkan dari mulut aku. Biasalah. Manusia. Yang salah menjadi biasa. Yang benar, dipandang luar biasa. Pelik. Sebab terbiasa dengan kebiasaan seperti itu lah aku hanyut. Menganggap yang kebiasaan itu benar. Sesat. Aku terlentok. Time to wake up son!