Friday, February 3, 2012

bikin cuak!

Balik kabin pas jumaat, gua ngadap komputer nak buat keje sikit. Sedang gua komited buat keje, member gua panggil suruh tengok menda kat laptop dia. Gua pun meluncur la guna kerusi ada roda ke arah meja dia. Tiba-tiba gua dengar komputer gua guna tu keluar bunyi macam shutting down. 

Gua toleh je, gua tengok monitor padam. Gelap gelita. Gua dah pelik. Ingat saje je dia ter-off. Gua tekan punat power nak bagi idup balik. Takde respon. Lampu monitor daripada biru bertukar jadi oren tanda dah sewel. Gua syak komputer jadi sewel sebab kena virus. Gua cuak gila kot. Semua data pemantauan ada dalam komputer tu kot. Masak aku kalau tak boleh recover balik semua tu. Memang kena sembelih ngan YM la. Tak kira lagi kena rembat ngan member-member kerja gua.

Dalam hati gua, hanya Allah je tau cuak tak cuak. Gua dah terbayang muka Kemal tengah marah, muka Fakhrul menyinga ngan muka Naim tenung aku. Nightmare siak. Sedaya upaya Amal tolong aku cari mana problemnya komputer ni. Tengah belek membelek, gua ternampak kabel monitor sambung kat cpu jatuh tertanggal. Na'arom! Chelaka menatang kabel tu. Bikin gua cuak. Gua suspek la kan, kabel tu tercabut time gua meluncur ke meja member gua sampai kabin bergegar. Haram.