Wednesday, February 29, 2012

 rabu rabak : perception










lookie here : mymodernmet

 tahun lompat

Aku nak tanya. Persoalan ni sejak dari kecik lagi.

Kalau seseorang tu lahir pada 29 Februari, adakah tahun-tahun selepas tu umur dia akan meningkat setiap tahun? Kalau kira kepala otak bangang aku ni, birthday dia empat tahun sekali je la kan?

Contohnya, hidup selama 100 tahun. Bahagi empat sebab 29 Februari empat tahun sekali kan. Jadinya 25 tahun la umur dia. Betol ke macam tu? Please do enlighten me.

Tuesday, February 28, 2012

 a pessimistic joke maybe


Tun, you're only joking rite? I suspect la kan you suffers Alzheimer kot. Just my short opinion. Aku respek dengan keupayaan Tun dulu masa menjadi PM. Boleh membangunkan negara dengan pemerintahan tegas dan sesetengah orang kata kejam. Yet, you have made it all happened. Petronas. SIC. KLCC. Putrajaya. Cyberjaya. Banyak lagi. Tak tersebut. Aku hargai kejayaan dan pencapaian yang Tun buat. Bagi aku Tun adalah  the best of the best, so far. 

Tapi bila Tun komen pasal hudud, kenapa jadi macam tu sekali wahai pemimpin yang agak aku kagumi? Mana sifat rasional keagamaan mu? Kita kadang-kadang jangan cakap kalau kita tak tahu. Kalau tahu, cakap bila perlu. Bila kita tak tahu, kita bertanya. Jangan main sebat saja. Kalau bertanya ada adabnya. Bertanya pada yang mengatahui. Yang alim. Bak kata Tuan Guru Haji Hadi, kalau nak tahu pasal ilmu getah, jangan tanya pakar kelapa sawit. Aku tak tahu. 

Yang sang penanya soalan pun agak kelutut gak la. Biar lah kena dengan orangnya kalau hendak bertanya. Sama je dengan wartawan yang tanya apa pandangan tentang hudud kat artis-artis. Nak tahu pasal buat laksa tapi tanya ane tebar roti canai. Pe ke bengapnya yob. Spoil. 









Monday, February 27, 2012

 it's trending now i believe


#Yuna-terukir di bintang






Mula-mula yuna, lepas tu najwa latiff. Now, ainan tasneem (who the hell is she?). Entah pape industri muzik malaysia sekarang. Lagu meleret-leret main ulang-ulang lirik yang entah budak smart reader mana yang tulis. Nananananananana. Mana kreativiti kosa kata bahasa melayu? Dulu lagu rojak yakni lirik lagu bahasa melayu mix english kena ban. Sekarang tak tahu macam mana. Yang duk melalak rakam video, letak dalam youtube  mostly budak sekolah lagi. Kalau dah boleh pergi jauh takpe jugak. I mean, pergi jauh tu jauh dalam pelajaran dan whatever music career bullshit obsessed. 


Berbekalkan sebatang gitar dan tudung lilit, si talent seeker nampak diorang ada market dan boleh melangkah jauh. Kononnya. Nasihat aku untuk semua, habiskan belajar dulu, then baru la masuk youtube pejadah tu, AF ke, Vokal; bukan sekadar rupa ke, Mentor ke. Aku dah habis belajar, so aku decide nak masuk youtube nak jadi artis macam yuna. Boleh gi Amarika. In before, aku mesti shave misai, janggut licin-licin and belajar pakai shawl. Nekad. 



Saturday, February 25, 2012

 muka gua muka longkang ke?


kechelakaan kali ketiga



Aku ni memang alergik ngan longkang. Kalau ada orang kata muka aku muka longkang memang aku lempang laju-laju. Dah dua kali kejadian longkang dalam idup aku. Nak dijadikkan cerita, ari tu aku gi pool kat Danau. Bajet nak lepak-lepak dalam pool. Kata orang swimming baik kalau nak rehab, takpun nak legakan muscle. 

Hari tu, aku tanpa banyak bunyik terus menghala ke swimming pool dalam UKM. Dah la dalam perjalanan pergi moto aku buat hal. Minyak abis. Terpaksa wat muka market mintak minyak ngan ada sorang pakcik ni. Lepas tu pecut gi kolam. Renang punya renang, dah kat pukul 7.

Cepat tol masa berlalu. Tak sempat nak sambung kuak lentang 5 round. Tepat je pukul 7, si mamat pakai rayban buat muka poyo bajet gudgud sambil tiup wisel suruh semua orang naik. Hangin doh aku. Aku tak boleh kalau ada orang kacau aku beriadah. Aku buat bodoh jek. Last-last dia guna taktik kotor nak halau aku. Dia masukkannya klorin banyak-banyak.

Sial aku cakap. Nasib aku ni bukan ikan. Kalau tak memang berbuih la aku. Sebagai balasan, aku tinggalkan cecair kuning panas dalam kolam tu. Terus menapak ke bilik persalinan. Bilas badan lebih kurang je. Kat rumah boleh mandi lagi. 

Masa nak balik tu, aku pakai selipar jalan atas simen. Member aku pulak banyak bunyi, sound aku jangan jalan atas simen pakai selipar. Aku sebagai menghormati sound dia, aku nak beralih arah la. Elok je aku pijak penutup longkang kaler plastik putih tu, tiba-tiba bunyi peraappp. Dalam hati aku, ahhh sudah. Tak semena-mena kaki aku terjerumus dalam longkang tu. 

Perghh. Menda alah penutup longkang tu pecah pulak. Kaki aku terperosok jauh kedalam longkang. Spontan reaksi aku tak mempedulikan orang-orang belakang. Telinga aku pantas menangkap kedengaran orang mengekek. Sial. Cepat-cepat aku tarik kaki, pecut lari. Malu woi. Sakit pon dapat. Kesannya, kaki aku berbelang harimau malaya sampai betis. Aku tak salahkan berat badan aku. Aku salahkan penutup longkang tu yang tak boleh tampung berat 65kg macam aku ni.


Monday, February 20, 2012

 member menangis


#Kitaro - Orochi




Memetik kata-kata nista member gua;


Kawan bergelak ketawa ramai sekali, tapi kawan menangis, hmm.. hampeh!

Gua kata; 

Memang la, masa gelak ketawa ramai yang bertandang, gelak kena beramai-ramai. Kalau gelak sorang-sorang gila namanya. Kalau menangis secara berjemaah, gay istilahnya. Lagipun lelaki kalau menangis burok eh. Kalau kat dunia dah rasa forever alone, ingat, kat dalam kubur lagi la forever alone nya der kate ko.



Wednesday, February 15, 2012

 rabu rabak : pray for syria

rabu rabak is back!








If we can dance all night long, why can't we sit tight on prayer mat for at least 10 minutes?
If we can karaoke for hours long, why can't we zikr for a moment?
If we can busy campaigning pray for Japan. why can't we pray for our brothers and sisters in Syria?

Pray for them.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim"



 kepada manusia batu



Pesananku kepada makhluk-makhluk yang menyambut hari valentine semalam. Anda semua dah boleh start benci-membenci pasangan masing-masing bermula hari ni sehingga 13 Februari tahun depan. And the cycle goes on and on and on until every last one of you die. Hari raya pun kena benci membenci jugak sebab bak kata korang (makhluk yang taksub dengan hari valentine), hari valentine je hari berkasih-sayang. Peace yaw! 

Pesanan ni khas untuk manusia batu sahaja. Sekian. 






Tuesday, February 14, 2012

 manusia batu


Hari ini 14 Februari. Seperti hari-hari sudah, aku jangkakan hari ni akan berlalu seperti biasa. Seperti tahun-tahun sudah juga, mesti ada manusia batu yang pekakkan telinga, butakan hati dalam bab hari valentine ni. Kenapa mesti tergedik-gedik nak sambut hari valentine ni sedangkan majlis agama, majlis fatwa dah mengatakan ianya haram? Kenapa ada manusia sakai yang secetek dada itik ilmunya menyangkal pandangan ijma' ulama? Kenapa mesti batu hatinya daripada mendengar pandangan yang lebih arif?

Ada yang menyatakan ulama yang memfatwakan hari valentine haram adalah kolot. Tidak kurang juga yang mengatakan ulama tidak tahu sejarah yang kononnya hari valentine bukan sempena kematian paderi valentine. Kenapa mesti membangkang bila diharamkan sambutan hari valentine? Apa dah tiada hari lain nak beri memberi bunga-bungaan kepada awek, tunang, chikaro, skandal? Ni la orang cakap, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang. Makin dilarang, makin menjadi-jadi lawannya. Masa maulidur rasul taknak pulak bagi bunga kat pasangan. Cakap nak berkasih-kasih, kata nak mengeratkan silaturrahim. Buat la hari lain. Ada 364 hari lain lagi dalam setahun. 

Benda kecik kalau susah nak dibendung, usahkan benda besar. Zina, rasuah, judi, arak. Puii. Dasar batu granit!


Sabda Rasulullah; " Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri."


In Islam, everyday is loving day.



Monday, February 13, 2012

 kay eff siiiiiiii

Masa hebohnya video kejadian pekerja kfc pukul pelanggan kfc tu, aku ada kat HQ. So, disebabkan aku takde broadband dan kat ofis plug in for any video player di block, aku jadi sakai la kejap. Tak tau apa yang berlaku sebenarnya. Macam teruja la jugak nak tengok pekerja restoren fast food membantai customer. Sebelum ni selalu berlaku kat oversea je. Aku tak sure la pulak ni kejadian yang pertama di 1Malaysia ni. Tapi yang pasti kejadian ni mengujakan aku.

First reaction aku, "aduh bangangnya diorang ni!". Sekarang ni aku bukan nak cakap masalah pelanggan cina kena pukul dengan pekerja melayu atau sebaliknya. Siapa cakap aku buat kaitan secara perkauman, ko memang babi. Jangan tengok dari segi kaum, bangsa, tapi tengok dari segi moral dan etiket pekerja. Put aside the race sentiment and look for reasons why this shameful incident happened. Sikit-sikit rasis, sikit-sikit cina babi, melayu lancau. Dah takde modal lain nak huru harakan keadaan.

Aku percaya benda ni jad sebab lack of communication and professionalism. Here is the situation, you work non-stop for that day, you don't get any rest because of the limited number of workers and customers qued up long line. Bila masalah timbul, pekerja tak dapat nak handle customer secara profesional dan customer memaki secara konsisten disebabkan servis yang teruk. But, what do you expect from workers who work all day long? Let alone stress and pressure from some shitty customers. Try think from workers' point of view. Don't be some jackass who only know 'customer always right'. Dumbass.

Pelanggan perlu tahu bila masa nak bersuara dan masa yang sesuai untuk maki pekerja. Jangan main bantai je. Customer beratur lama siap boleh main angry bird lagi dalam iphone tapi pekerja kat dalam tu tungkus lumus siapkan order. Berpeluh-peluh bagai. Sebab tu kadang-kadang ayam pun ada rasa masin-masin peluh sikit. Be considerate. Lain la korang beratur berjam-jam, budak-budak kfc duk lepak main pakau. Yang tu baru boleh bagi penumbuk sebiji sorang. Sabar la. Kalau dah lama sangat tunggu, blah je la. Pergi kedai lain. Takyah nak buat kecoh tak tentu pasal.

Pekerja pun aku boleh cakap bangang jugak. Nampak sangat hingusannya. Agak-agak la nak pukul customer. Dah hebat sangat ke? Kalau dah berbulu sangat ngan apek tu, ko cari la kat luar. Masa tu kalau nak bantai ke, nak liwat ke, ko buat la pe ko suka. Jangan jadi bangang pukul masa pakai uniform kerja. Nak bantai orang pun ke ada akal bai. Bukan main sebat je. Customer bangang macam mana pun, ko kena entertain baik punya. Customer always right even they're moron. Kalau diorang maki, ko rilek je. Kalau customer sumpah seranah ko, ko buat donno je. Jangan dilayan sangat kebodohan sesetengah manusia ni. Diorang tak cukup kasih sayang tu. Kalau dilayan, dengan ko sekali jadi bangang.

Sama gak frontliners, jangan emo sangat kalau pelanggan buat kecoh. Rilek jer. Kalau yang keje angkat tepon lagi sedih, hari-hari kena maki. Sabar je. Bila dah dapat keje lain, hari tu hari last keje angkat tepon tu, ko maki la habis habisan customer. Baru like a boss gayanya.

Konklusinya, menda ni jadi sangat panas bukan sebab pekerja pukul customer tapi sebab pekerja melayu pukul pelanggan cina. Mesti ada unsur perkauman dalam hal ni.Kalau tak, tak jadi macam ni. Kalau pekerja cina pukul pelanggan cina atau pekerja melayu pukul pelanggan melayu, gerenti tak jadi sepanas ni. Buang la sentimen perkauman tu. Racism is kryptonite. Lagi satu, kalau orang kena pukul, ringan-ringan kan la tulang nak tolong halang kena pukul teruk lagi. Jangan tengok je. Tak kesian ke tengok orang kena pukul? Masa tu la nak tunjuk macho depan awek. Ni tak. Assabiyah gila. Kata 1Malaysia. lol

Friday, February 10, 2012

 gila babi


Masa kecik dulu aku gila main pistol buluh yang guna buah cenerai tu, takpun guna kertas surat khabar basah. Syok. Kalau musim wau, gasing, masing-masing automatik jadi gila dengan sendirinya. Ada yang siap tidur ngan gasing kononnya nak bagi serasi, sebati. Masuk hutan cari buluh nak buat wau, tengok wau sape paling hebat. Tangkap ikan laga, ikan gupi dah jadi darah daging. Yang paling aku gila sekali time berkubang dalam bendang cari ikan haruan, keli, sepat. Memang gila.

Masuk sekolah menengah, dah agak-agak baru nak naik, aku gila main sukan. Tiap-tiap hari main, kalau tak main, tak lengkap cycle. Selalunya tenis, kadang-kadang bola, jarang-jarang je ragbi. Gila tak gila la sampai sanggup bersakit, gadai tubuh semata-mata nak main. Gua pernah kena smash kat muka masa main tenis ngan cikgu gua. Tapi gila punya pasal, gua tak amik port. Alhamdulillah aku tak berapa gila pompuan lagi time tu. Gatal-gatal sikit tu ada la. Tak gila lagi.

Zaman universiti, aku still lagi gila tenis tapi game lain tak berapa nak layan. Kenapa aku gila sangat game ni? Sebab best! Indeed. Masa universiti, aku dikelilingi member-member yang sangat gila. Pendek kata, otak weng, masuk air, wayar putus, sewel, bingai, semua title lain tu boleh bagi kat diorang. Terbaik punya gila.

Lepas keluar universiti aku dah tak berapa nak gila tenis sebab takder partner, masa, tempat dan macam-macam alasan lagi. Aku terpesong ke arah gila masuk gym pulak. Hampir gila bila member aku tarik main golf. Addictive. Baru aku tahu apa perasaan coach aku dulu bila dia sanggup tak tengok kitorang kat tournament semata-mata nak main golf. Tapi yang paling tak boleh blah, why the hell aku jadi gila main angry bird? Damn. Gila babi?

Monday, February 6, 2012

 menatang berbisa, menatang bersengat

Mimpi kena patuk ular air dua kali. Balik rumah kena biarkan macam tu je. Takde sekor pun nak melayan aku bawak gi hospital. Sekor-sekor benci aku kot. Nak suh aku mati awal. Lahanat. Bangun pagi member kejut dengan muka pucat cakap ada lebah bersarang depan rumah. Besar tak besar la sarang dia. Lebih kurang besar safety boot. Aku agak ada dalam 7,8 platoon strength. Macam mana dalam satu malam je, menatang tu boleh bersarang besar tu. Malam ni kalo dia stay situ jugak, aku takde pilihan lain la. Memang cari nahas lebah ni. Babee. 

Saturday, February 4, 2012

 cuti dan maulud nabi


Hari ni birthday Nabi Muhammad S.A.W. Aku cuti hanya untuk tidur dan melayan movie dan tidur balik. Sekarang ni aku lapar sebab tak makan lagi dan aku nak gi makan. Aumm, makan budak. Off to gym. 

Anyway, selamat menyambut maulidur rasul. Selawat ke atas baginda S.A.W.




Friday, February 3, 2012

 bikin cuak!

Balik kabin pas jumaat, gua ngadap komputer nak buat keje sikit. Sedang gua komited buat keje, member gua panggil suruh tengok menda kat laptop dia. Gua pun meluncur la guna kerusi ada roda ke arah meja dia. Tiba-tiba gua dengar komputer gua guna tu keluar bunyi macam shutting down. 

Gua toleh je, gua tengok monitor padam. Gelap gelita. Gua dah pelik. Ingat saje je dia ter-off. Gua tekan punat power nak bagi idup balik. Takde respon. Lampu monitor daripada biru bertukar jadi oren tanda dah sewel. Gua syak komputer jadi sewel sebab kena virus. Gua cuak gila kot. Semua data pemantauan ada dalam komputer tu kot. Masak aku kalau tak boleh recover balik semua tu. Memang kena sembelih ngan YM la. Tak kira lagi kena rembat ngan member-member kerja gua.

Dalam hati gua, hanya Allah je tau cuak tak cuak. Gua dah terbayang muka Kemal tengah marah, muka Fakhrul menyinga ngan muka Naim tenung aku. Nightmare siak. Sedaya upaya Amal tolong aku cari mana problemnya komputer ni. Tengah belek membelek, gua ternampak kabel monitor sambung kat cpu jatuh tertanggal. Na'arom! Chelaka menatang kabel tu. Bikin gua cuak. Gua suspek la kan, kabel tu tercabut time gua meluncur ke meja member gua sampai kabin bergegar. Haram.








 salam jumaat


Gua nak dengar something yang gua rasa something tu awesome. Setakat ni gua tak dengar lagi. Yang agak awesomenya, heboh pasal Safee Sali dapat gaji 30 ribu seminggu. Tu pun tak berapa nak awesome. Geng-geng LHDN barangkali tengah syok duk buat kira-kira. Ada lagi sorang mangsa katanya. Memang kaw la kena bayar cukai nanti. Haha. 

Cam syok je dapat gaji 30 riban seminggu. Orang cakap tak abis nak guna. Aku cakap, ye ke tak abis. Kalau dapat kat aku, try tengok. Kejap je abis. Bantai beli tanah 3,4 bidang, kereta dua cukup, Ferarri ngan Aston Martin, pastu buat amal jariah sikit. Sedekah kat masjid, rumah anak yatim. Kejap je habis not dalam bank. Silap-silap, 2 bulan gua dah muflis. Hahaha. Tapi rezeki lu la bro. Semoga duit tu digunakan jalan yang sepatutnya. Gua respek lu. Lu main hebat. 

Duit banyak syok, tapi duit melebih-lebih gua taknak. Bontot besar nanti. Syukurlah rezeki apa yang ada. Selagi gua tak kebulur makan pasir, gua hepi. Walaupun kekangan hidup, gua tetap hepi. Kadang-kadang pikir balik, masalah yang bertimpa-timpa datang, bila dah boleh setelkan semua, gua rasa bangga sebab gua berkemampuan mengatasi semua cabaran tu. Pergh. Ayat macam iklan 100 plus. Tapi betul la. Susah kot nak setel certain problems. Tapi, at the end of the day, you walk home as happy as a dolphin can be. Oink oink. 

Selamat ber-jumaat!




Thursday, February 2, 2012

 statement bangang

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.


Yang ini statement paling guna kepala lutut sekali setakat tahun ni. Makin lama makin lancang, makin sakai artis berkata-kata. Seriously, tenang gila ke masuk kelab malam? Lain kali bawak I sekali tau. I tengah kusut ni. You ajar I cara menenangkan diri dalam kelab tau. Lepas tu I ajar you cara mencari ketenangan hakiki dalam bilik pulak tau. Give and take la eh. Hahahahahaha



Wednesday, February 1, 2012

 Genting Highlands: Real Story Unveiled (Part 2)

Final destination.

Punyalah sakai kitorang, masa naik skyway tu masing-masing jerit macam histeria kena rasuk ngan setan. Macam tak pernah naik kete kabel je. Padahal tiap-tiap hari naik ulang alik gi kelas. Tapi view dia, memang terbaik. Siap nampak pokok bonsai gergasi, Ema pulak sibuk nak tunjuk rafflesia gergasi kononnya. Tapi, haghamm. Sorang lagi sibuk duk interpret sign dalam gondola tu. Ular tak boleh makan dalam gondola katanya. Si sengal sorang lagi duk nyanyi sorang-sorang bajet Yuna la kan. Entah pape. Lama jugak la hidup dalam ketakutan dalam gondola tu. 





Disebabkan kelewatan dan kelembapan yang melanda dituruti ribut salji yang kuat serta perut yang menendang-nendang tanda protes, kitorang decide makan dulu baru masuk. Sekali bantai Marrybrown daa. Lepak-lepak jap, taknak rush sangat, nanti heart attack, kitorang menuju ke First World, solat dan buang-membuang apa yang patut. Menarik gak la dapat tengok orang dalam Sky Venture tu. Tengok macam simple, bodoh je formasi dia, tapi susah kot nak buat menda tu. Yang dah biasa buat formasi tu macam tak ada menda, macam senang gila. 


Pukul 7 baru masuk outdoor park, main Pirate Ship. Peah ngan Ajim, kami tinggalkan dengan kejam sebab diorang nak makan jap. Lepas naik sampan lanun tu, mangsa pertama dah mendapat. Turun-turun je terus loya mabuk todi. Duk kejap, muntah. Aku tak boleh berkata apa-apa. Hanya mampu gelak je. HAHAHAHAHAHA. Lepas tu kitorang rilek-rilek je. Main biasa-biasa je. Masa main cawan pusing, bini pertama tak main sebab da loya, lugai perut, aku dapat pulak berita baik, bini kedua pulak loya-loya lepas main cawan tu. Murah rezeki kot hari tu. Muntah jugak akhirnya. Seperti biasa, aku hanya mampu gelak. HAHAHAHAHAHA.