Saturday, April 16, 2011

one fine evening

Mood: Black Eyed Peas- Boom Boom Pow.



Currently listening to Black Eyed Peas songs. Enjoying such a beautiful evening. Burung-burung berterbangan sambil bersiul-siul. View Gunung Pulai yang masyuk dari tingkap bilik aku. Kabus memenuhi ruang angkasa selepas hujan mencurah-curah. Bau fresh lepas hujan yang mana aku suka hidu. Wah. What a fine day. Exam MUET berlalu ibarat sedut teh o ais macam orang tak dapat air seminggu. Perut one pack aku, aku usap-usap tanda kekenyangan, telinga aku sumbat dengan earphone Monster Beats. Once again, what a fine day! Haha.

Dah genap 5 hari aku tak gi main tenis. Bukannya malas. Bukan culas. Asal petang je hujan. Asal hujan je petang. Macam mana nak main kalau hari-hari hujan. Bukan nya ada indoor court kat UTM ni. Jangan nak harapkan ada indoor court dalam UTM ni, court yang kat luar pun tak reti nak jaga. Sekarang ni court tenis dah banyak yang rosak. Manusia dalam UTM ni pun satu hal. Dalam court tu jugak la dia nak main futsal la, main hoki la, bola jaring la. Yang bangang lagi, siap main baling-baling tepung ngan telur dalam court. Hamsab punya orang.

Masa exam writing MUET tadi soalan nombor dua tajuk dia pasal friendship. Memang heaven la aku menggoreng, menjual kisah. Mana taknya, dah bengkak-bengkak jari aku duk menulis pasal friendship dalam blog ni ngan dalam tumblr. Betul la apa yang orang cakap. Buat blog ni ada gak pekdahnya. Tadi aku nampak salah satu hikmah dia. Macam-macam ada dalam kepala otak aku masa nak tulis essay tadi. Kisah benar, proverb, quote, semua aku sumbat dalam essay tu. Tangan aku rasa macam ringan gila, idea mencurah-curah ke ladang carbon. Syukur, alhamdulillah. Weekend ni, aku nak qada' apa yang aku tak sempat buat lagi, Singapore! Next week aku nak study sampai koyak buku, sampai nota pun dah jemu tengok muka macho aku ni. Al maklumla, study week la katakan. Erk. Betul ke ni?


3 comments:

Cleopatra's Lipsgloss said...

cantekk view!!!... eyh3 nk gk la siggah blk ko kalo de mse t...

Nina said...

aku mmg sgt suker bace blog hang.. tak penah bosan... weehee.. taniah jawab muet.. up sket.. band 6 taw

naqib faiz said...

cleo: hahaha.. jemput la singgah.. tapi kena tunggu hari raya la. afdhal ziarah menziarahi.. hahaha

nina: thanks dear. band 6? aku bukan native american. briton pun bukan.hahaha