Monday, April 11, 2011

wishlist

Aku rasa hujung minggu aku berlalu macam tu je. Sumpah bosan. Bangun pagi-pagi pastu pergi training start pukul 7.30 sampai 12. Balik bilik pas makan, mandi, semayang pastu tido sampai ke petang. Pukul 5 pergi training lagi. Hari Ahad pun macam tu jugak. Rutin yang sama je. Aku sangat tak suka rutin-rutin harian macam ni. Aku suka kepelbagaian, bak kata orang puteh, variety. Mix and match.

Tapi kan, kalau aku tak bangun pagi-pagi masa weekend for training, konfem-konfem aku membuta sampai tengah hari. Tak menjadi jugak. Aku kalau boleh nak spend masa ngan member-member. Dah la semester last dengan diorang. Pasni konfem susah nak jumpa. Kalau jumpa pun dengan yang rapat-rapat jek. Tapi tak kesah la. Masing-masing ada life sendiri. Aku selalu angan-angan pas grad nak wat reunion ngan dak-dak kelas. Time tu sume dah kawen, dah ada anak-anak, kitorang kumpul kat pulau. Lepak-lepak. Cite pasal time muda mudi dulu. Wahh. Indahnya angan-angan aku. Haha.




Hidup tak terurus skang. Kelas da jarang turun, assignment tak buat lagi, kepala otak asyik pikir nak berjalan je. Nak enjoy je. Nak pergi Singapore, tak pegi-pegi jugak. Kepala otak dah serabut sangat dah ni. Kalau aku cakap "I need a break", cam tak sesuai je. Tiap-tiap masa aku break. Tak buat keje pun. Badan tak letih pun, kepala hotak ni yang gatal nak mintak rest. Rest aku tak lain tak bukan, tido la. Tu je yang boleh wat aku segar. Pasang movie sket, baring sambil tengok movie, 15 minutes later, voila! Mata aku da tutup. Badan aku da keras kejung. Tinggal rumate aku je yang tukang habiskan cite. Banyak kali gak la jadi camtu.

Headphone aku lak buat hal aritu. Mula-mula belah kanan yang tak dengar. Pastu belah kiri plak. Last-last dua-dua belah takleh dengar. Hamsab tol. Sekarang ni aku dah takde headphone nak dengar lagu. Aku sayang gila kat headphone tu. Akak aku yang bagi masa aku masuk forecast dulu. Tahun 2008. Takpe la, dah ajal dia kan. Lagipun dah 3 tahun menda alah tu aku guna. Lama tu. Pengganti dia, Monster Beats by Dr. Dre Tour Earphones. Tu pun baru nak gi cari.




Lagi satu, raket Babolat aku pun dah crack. Hari tu masa aku tengah belek-belek raket tu, tiba-tiba je aku nampak macam cat dia tanggal. Tengok-tengok, frame dia dah crack. Arghhh. Naseb baek ada lagi 1 batang. Mau tak mau aku kena cari gak spare 1 lagi. Aku ni bukannya dua tiga kali main, tali dah putus. Aku tak sampai tahap tu lagi, tapi still kena ada spare racket. Langkah berjaga-jaga la ni. Tu pun bila dah ada bajet. Kalau tengok bajet sekarang, memang hampeh la.



7 comments:

Nina said...

oh paeh.. sgt tunggu kemuculan entry anda

1. sgt harp wishlist jadik nyate.. jupme ramai2 n reunion.. nak tgok hang nanti tyme tuh mcm mane.. pkai coat.. semart2..muahaha..amin

2. meyh gune headphone aku dulu k.. aku bukannye gune sgt.. nak tak? btol nih

3.p singapore.. its a must. so ape kate besok ptang kiter pergi nak.. tdo kat sentose..
rabu balik msia.. tapi kene sampai-sampaikan.. or ari sabtu.. tapi makin bertangguh.. mkin tak jadik..

4. raket da crack..oh tu yang nak shopping eh.. insyaAllah.. t duet MARA masuk...shopping sakan la k

5.jom ler.. SPENT THE MEMORABLES tyme together..jom ler.. ape kater kiter makan eskrim malm nih kat atas tangki.. tapi kene ckp awal2.. baru boley bli eskrim

Nina said...

pergh.. aku mcm buat entry kat comment ko plak.. aishh.. sorry paeh

Cleopatra's Lipsgloss said...

hahahahahaha.. "entry dlm entry" likee....

naqib faiz said...

hahahahaha... xboleh la gi s'pore esok. hari rabu ada keje penting. haha. earphone tu nak beli gak. da mengidam lama dah. makan aiskrim atas tangki? gud idea. nak3

aeina said...

org tuo mmg...xleh penat sket...pntg tgk movie msti lh tido...

naqib faiz said...

kuang ajo. sape org tua? heh

aeina said...

hahahha...cool suda