Friday, April 29, 2011

suatu malam di kedai ayam penyet...




Trett.. trett... Handset aku vibrate. (macam tu ke bunyi vibrate?) Message daripada Yo, tanya aku bila nak gi makan ayam penyet. Aku cakap la kat dia lepas isya'. Usai je isya', aku terus pecut moto ngan yo sama dengan Che Ku gi kedai ayam penyet kat depan Suria Gym. Dak-dak UTM, take note, ayam penyet kedai ni sangat la masyuk sampai kena order nasi tambah. Sambal dia memang terbaek.

Kitorang lepak la sambil borak-borak. Semua topik keluar. Kalau aku duk sama ngan yo and the gang, memang mulut aku tak berenti la bercakap. Ada je yang nak dibualkan. Pasal LI la. Pasal cuti la. Exam la. Macam-macam. Pasal politik je kitorang tak layan. Sampai je nasi, kitorang pe lagi, melantak la macam orang tak makan seminggu. Sambil tu duk nengok geng-geng dalam gym yang body ketak-ketak tu. Lawak pon ada. Badan punya la tough gila babeng, tapi kepala kecik. Dah macam the hulk.

Aku duk ngusha la akak kat kaunter tu. Boleh tahan gak lawanya. Masa aku gerak nak gi bayar, hormon testosteron aku dah meronta-ronta nak ayat akak tu.


******

Aku: Kak, lawa ari ni. Hehe

Beliau: Mana ada. Biasa je dik. Makan apa dik?

Aku: Nasi ayam penyet ngan milo ais. (dalam hati, dia panggil aku adik??)

Beliau: Oow. 7 setengah dik. Memandangkan adik ni cute, kira halal la. Free of charge. Hehe

Aku: Betul? Mekasih kak. Lawa ari ni. Haha


******

Haha. Okay. Dialog tu tipu je. Imaginasi liar aku je tu. Mengelamun jap. Sebenaqnya...


******

Aku: Nasi ayam penyet ngan milo ais. Ermm. Nasi tambah satu.

Beliau: 7 setengah. (sambil wat muka cute)

Aku: Jap ye kak

Selak dompet. Aku amik la not kaler merah sekeping.

Beliau: Dik, kami tak terima duit singapore dik.

Aku: Hah?! Duit Singapore?? Fuuuu


******


Lepas tu aku cabut gi CIMB kat Jusco cucuk duit. Pergh. Malu tahap gaban la syiall. Fuuuuuu. Akak tu duk gelak je kat aku. Nasib bek dia cool je. Kalau tak, memang basuh pinggan la aku. Moral of the story: Check dulu dompet tu sebelum makan. Warghh. Konfem aku tak makan dah kat situ. Haha.

4 comments:

Cleopatra's Lipsgloss said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!! sengal!!!

Nina said...

cet~.. da agak.. aish.. tau ler hang dok nak p singapore.. agak agak la.. muahaha

tapi.. aku mmg suker bace hang punyer blog.. BEST.. thnnx.. mmg guling2 la

MofarRahman said...

naseb baik bukan duet tuuuttt***

naqib faiz said...

cleo: chait.. ko memang suka gelakkan aku kan? xpe2..

nina: haha.. singapore xjejak agi.. jum3

mofar: duit gapo? haha.. siot