Thursday, October 20, 2011

ada hikmah di sebalik kejadian



Hari ni, bawak member ofis aku masuk site nak wat monitoring. Habis je point 1, kitorang gerak pergi point no. 2 pulak. Tiba-tiba je kereta gua bawak takleh gerak. Tekan minyak, tak leh gerak gak. Bulu lengan aku dah meremang dah. Macam kete aku kena tarik ngan hantu. Pikir-pikir balik, hantu pe jadahnya tengah hari buta ni. Keluar kete je terus aku terduduk. Masyaallah. Sangkut dalam selut rupenya. Hantu betul. Separuh tayar tenggelam. Mati akal dah aku ni. Nampak ada mat mat welding tengah syok mengepam rokok. Aku pikir mesti diorang ni dah setel keje ni, syok je mengular. Aku atur langkah kearah diorang.



" Bang, mintak tolong boleh?" aku tanya

" Waalaikumussalam." jawab brader tu.

Pergh. Setepek kena atas hidung aku.

" Assalamualaikum. Saya ni datang ada hajat. Nama saya naqib. Boleh mintak tolong tak bang? Kete saya sangkut tu. Mintak jasa baik abang-abang sasa semua ni tolong tarik boleh tak?" jawabku panjang lebar.

" Tarik apa? Tarik amoi tu ke?" jawab dia menghanjing aku.

" Chelaka! Tarik kete la. Tu pun nak kena cakap ke. Mangkok betul!" getus aku tanda protes.


Pastu aku bantai diorang satu-satu woo. 1 lawan 5. Sekor-sekor aku sekeh kepala. Last skali diorang menyerah kalah. Pastu dengan pantas diorang pergi tarik kete aku. Senak gak la nak tarik kete tu. Dah la besar macam timan. Berat lak tu. Kena guna kombinasi gear 4 wheel dengan lori tarik baru dapat keluar lobang. Punya la besar lobang tu. Boleh jadi swimming pool tu. Ternganga aku. Tapi ada menda best gak la sangkut tu. Time tu la aku boleh belajar macam mana nak guna gear 4 wheel. Ada hikmah disebalik tu. Alhamdulillah.


*******

Petang tu pulak kena gi pelabuhan. Sama jugak. Amik reading je keje tiap-tiap hari. Routine work memang tersangatlah bosan. Tapi sebab aku ni pekerja yang komited, aku buat jugak dengan jujur gila. Tapi yang tak syoknya bila ada setan lewat yang cakap aku tak buat keje. Perghh. Mendidih gua. Takpe, biarlah diorang nak kata apa pun. Yang penting aku hepi. Haha

On the way pergi port tu, aku yang jadi driver. Sampai satu selekoh ni, aku layan lap gila-gila. Konon nak lepas tension la. Tiba-tiba aku dengar bunyi ketung ketang kat seat belakang. Aku pikir safety helmet yang tergolek. Biar lah. Topi je pun. Bila aku pandang seat belakang je, aku tak nampak member aku, Jaya, kat belakang. Mana pergi pulak budak ni tiba-tiba boleh lesap dalam kete. Tengok-tengok, sekali ngan dia tergolek sama ngan topi. Patutlah bising. Gua pandang muka dia, merah, tahan marah. Dia pulak yang tension ngan aku. Lepas tu, terus dia pakai seatbelt. Bagus lah dia dah amik iktibar. Aku pulak dah tobat taknak layan lap lagi. Kesian member tu.



Hahahahahahahahahahahahaha




2 comments:

Nina said...

love it.. tapi siot jerk ckp timan camtu.. aku lagi gemuk la budak kecik ooi

azri_batu said...

iktibar dari kejadian kete masuk lubang... mu fikir hantu tarik kete? hei der, hantu takkan kacau hantu la der...renung2kan...hahhaa