Wednesday, October 12, 2011

entri ke -100: hitam putih kehidupan

Analogi yang simple. Satu kejahatan yang dilakukan diibaratkan satu titik hitam manakala satu kebaikan pula diibaratkan satu titik putih.

Pernah dengar tak orang selalu cakap anak-anak ibarat kain putih dan mereka akan dicorakkan mengikut acuan dan garapan daripada ibubapa? Kita lahir dalam keadaan putih suci bersih. Hati kita boleh diibaratkan sebagai kertas putih yang tiada cacat celanya. Hari berlalu. Semakin hari semakin banyak titik yang berada di hati kita. Setiap titik mewakili perlakuan dan perbuatan kita tidak kira baik atau buruk. Semakin banyak kejahatan, semakin banyak titik hitam dalam kertas hati kita. Sekiranya banyak kebaikan yang dilakukan maka terhindar lah kertas hati kita daripada kekotoran titik hitam itu.

Pernah tertanya kenapa seseorang yang tak pernah berbuat amal kebajikan akan merasa sangat bangga malah riak jika dia melakukan satu kebaikan? Bayangkan satu kertas hitam legam apabila ditandakan satu titik liquid paper, yang mana akan lebih nampak? Konfem titik putih kan? Begitu juga dengan hamba yang selalu beribadat, beramal dan sering melakukan kebaikan akan berasa resah, gelisah dan takut apabila melakukan satu kejahatan kerana titik hitam yang terserlah diatas kertasnya yang putih itu.

Yang mana satu pilihan anda? Putih atau hitam?






2 comments:

ae said...

analogi yg sgt bagus :)

azri_batu said...

prof naqib... subjek ajaran minda melayu