Saturday, October 1, 2011

Melayu boleh!





Gua Melayu. Mak bapak gua, adik beradik, sepupu sepapat gua semua Melayu. Gua sebenarnya bangga gila dilahirkan sebagai anak Melayu, bukan anak keling, cina, australia, portugal semua tu. Melayu beb! Pada pemikiran gua yang senteng ni, anak Melayu kita memang hebat. Kembang hidung gua guys.



Anak Melayu memang kretif bro. Moto standard kilang diorang tak main. Keluar kedai jer terus setting sana, setting sini. Katanya tak cukup power. Ekzos yang bunyi selow diorang tak heran. Tukar terus ekzos yang bunyi macam Kawasaki 1000cc. Baru gempak. Tayar guna tayar sotong je. Ada la besar tayar beskal. Rossi pun tak berani nak guna. Blok pe semua jadah dalam enjin diorang operate sendiri. Korek sana, korek sini. Kalau orang Jepun taw kerja diorang modified motor macam tu sekali, konfem, semua boleh jadi engineer kat company Honda. Kekurangan bajet nak beli Evo? Tak jadi masalah. Wira pun boleh transform jadi Evo. Small the pieces.

Anak Melayu memang stailo. Rambut asal hitam diorang tukar jadi merah, kuning, hijau, blonde bagai. Tak Amerika katanya kalau rambut itam. Sekali tengok macam Bob Marley. Dua kali tengok macam Brad Pitt pun ada gayanya. Stailo woo. Yang slacknye, rambut dah kaler, tapi kening still hitam lagi. Cacat gila. Rambut hijau kening hitam. Rambut taknak sikat rapat tepek, nak pacak mohawk, serong macam k-pop sebijik macam Daesung. Rambut tutup mata sebelah takde hal, mata satu lagi ada. Nak gaya punya pasal.

Anak Melayu memang subur. Kalau tak subur, takkan ada berlambak kes buang bayi. Subur la tu wei. Buat satu pastu buang. Buat yang lain pulak. Apadehal, subur kan. Baka baik punya. Takyah kawen lagi. Kita test performance dulu. Kalau puas hati baru kawen. Ye dak? Kalau sebelum kawen dah mengandung kita gugur la. Pas kawen baru kita bincang balik nak wat berapa banyak anak. Satu team bola ke. Takpun agak-agak satu team American Football. Kita kan subur.

Anak Melayu memang banyak duit. Tak percaya? Tengok la keje-keje pencacai semua suruh mat-mat minah-minah indon, bangla yang buat. Kita taknak kena panas, takut hitam kulit, taknak sentuh, siang ikan, hanyir katanya. Gaji la imigran buat keje kita. Banyak gila duit. Keje susah sikit, panggil bangla indon. Kita goyang kaki je. Like a boss. Duit banyak, buat isi minyak full tank tangki motor je. Pastu ronggeng kat dataran. Pusing-pusing sampai tangki kering. Kering tak kering la sampai kena bawak minyak spare dalam botol. Kontigensi kononnya.

Anak Melayu serius pandai. Tak payah masuk sekolah medik. Leceh. Belajar sendiri je. Jadi doktor bukannya susah sangat. Setakat nak mengubat diri sendiri tu tak jadi hal besar. Bagi jarum je. Pastu pandai-pandai la survive cucuk sana-sini. Sekali kena, pergh, letak besi panas kat lengan pun dia wat derk je. Tak rasa pape. Doktor yang bersekolah boleh wat camtu? Takleh. Tahun 2005 je dah beribu-ribu anak melayu jadi doktor swasta. Tak pandai lagi camtu?



Kesimpulannya, gua ni baka Melayu. Gua mengaku gua kreatif, stailo, subur, banyak duit, pandai. Pe lagi yang korang nak? Dah cukup bangga dah ni. Buntu.



3 comments:

d9saphire@blogspot.com said...

aku suke anak melayu mmg pandai.. pandai cri nahas pun yer gak.. haha

naqib faiz said...

hahahaha.. ali mana ko nak letak? haha

azri_malaya said...

batu melayu ade?